photo Untitled-6.gif

Sunday, November 27, 2011

i become a fairy !

fairy wanna fly ! !

this picture exclusive for our short-movie project ! awesome right? i become a fairy godmother.. ahaha
genre of this movie is magic fairy tale... ade ke genre cam tu ?  pun boleh..
story line - its about fairy godmother's mission to change the bad behavior of people in kingdom of darkness to kindheartedness people...
 i've changed siddiq which always destroy plants to be kind toward nature.. 
next amal turned to be kindhearted to her friend.. 
and farah more sensitive to animals and started to love them...
but... at the end something happen to the fairy (me)....
 please wait for the movie to know the ending ! 

Thursday, October 13, 2011

segan giler !

 Bismillah..

tiba tiba rasa macam segan je nak menulis. maklum la orang sibuk, sampai biarkan blog bersarang macam tu je. nasib baik la malam ni ade kelas malam kat makmal komputer, jadi peluang yang ade tak boleh disia siakan. ahahaha
MySpace
saya malu la dah lama tak berkarya..ahaha =P


sebenarnya malam ni ada test listening for Engglish, tapi oleh sebab kita ni dah pandai la katakan selamba je duk online. 
 ok la, sampai sini je la yang mampu nak type. bye.

Sunday, August 21, 2011

lampu lip lap rumah kau cantik !



jeles yang teramat bila tengok rumah orang lain terpampang lampu lip lap, dari jauh lagi aku boleh nampak, padahal kat sebelah rumah aku je. hahaha
tiap malam aku duk mengintai rumah sebelah.  (intai lampu lip lap bukan benda lain ok !)
masa aku tengah rajin tolong mama aku kat dapur tadi nak siapkan juadah berbuka, abang-abang aku duk bersemangat pasang lampu kelap kelip kat rumah tok aku. memang menjadi tradisi masyarakat melayu untuk hiaskan rumah dengan lampu lip lap ni, tapi tak perlu la tiap tahun nak membeli yang baru, guna yang tahun lepas pun boleh, itu pun kalau lampu lip lap tu masih boleh nyala la. tak nak pasang pun tak pe, ikut suka la ye. harap maklum.

bila nak dekat raya,bukan lampu lip lap ni je yang menghiasi rumah tapi pelita juga masih kita gunakan untuk menyerikan halaman rumah. terutama pada malam tujuh likur. pada malam ke-27 ramadhan ni masyarakat melayu akan memasang pelita atau panjut. tadi pun abang aku dah nak pasang pelita tapi minyak tanah abis.
abis kedai dia cari tapi tak jumpa. mungkin zaman P.Ramlee dulu kot yang banyak, sekarang susah sikit nak cari. ape ape pun terima kasih la buat abang long yang paling bersemangat nak raya. dia la yang paling rajin hias dan bersihkan rumah. maafkan adik mu yang teramat malas ni. esok aku tolong tengok kau basuh langsir ok. peace !

Friday, August 19, 2011

tajuk atau isi berita lebih penting ?

Situasi sebenar : Seorang nenek pergi beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.


Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

MalaysiaKini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Ibrahim Ali -"Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gengster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."


Onion Emoticon Set
gambar ekslusif Hantu Ubi!






*jauh benar beza cerita dengan tajuk akhbar dan berita. hahahahaaha

Wednesday, August 17, 2011

penyalahgunaan button 'LIKE' FB

jangan tiru aksi ini. 
status puji diri sendiri.

kawan aku punya.
memang dia baik la sangat.haha

bulan puasa ni tak nak la cerita benda buruk apatah lagi mengata orang. tapi terpaksa tegur dengan perangai sesetengah orang ni yang boleh dikategorikan sebagai tak tahu malu dan terlampau perasan. entri ni ditujukan khas untuk kawan kawan facebook yang suka sangat duk buat status " sape rase saya 'cute'. sila like" dan "sape rase saya 'baik'. sila like". kalau setakat post kat status sendiri tak pe la, ni dia pergi post kat wall kita, suruh pergi like status dia. please. kau ni jenis yang gila glamour ke. grrr  =,=
Onion Icons
"saya cute, awak hodoh. sila like."
memang nak makan penampar je orang yg buat status lagu ni. hahaha
bukan kata kita ni jeles ke ape tapi tak suka la dengan perangai yang gedik tak bertempat macam tu. terutama pada perempuan perempuan, tak payah la duk cari publisiti ciput macam tu. tak laku ok. ape faedahnya pergi wall orang suruh like status hang yang nak mencapap tu. buat malu je. lepas tu, berjela jela la komen menyampah orang lain tujukan khas buat hang. kalau hang post status pasal tazkirah ramadhan dapat la juga pahala dan 1000 kawan hang 'like' status hang.
MSN Onion Icons
bila ada 1001 orang like kau punya satus, macam ni la  riaksi kau.
tersangat lah speechless!

walau baik macam mana pun kita, tak payah la nak buat status giler glamour macam tu, tak comel ok. seeloknya kekalkan sifat bersederhana dan tawaduk dalam kehidupan kita ni, terutama di bulan Ramadhan ni. maaf dipinta jika entri ni membangkitkan rasa tak puas hati mana mana pihak yang suka mencapap.
saje je entri ni, nak perli kawan aku yang buat status gitu. sorry beb.
* mencapap = mencari publisiti murah. 
MSN Onion Emoticons
kau nak glamour kan, aku bagi kau glamour kat blog aku.
AHAHAHAHAHAHA.

Tuesday, August 16, 2011

Ihya Ramadhan

alhamdulillah, kita dah pun melalui separuh ramadhan. 
solat sunat witir semalam pun dah baca doa qunut. 
tapi semalam masa solat terawih, surau tak penuh macam malam malam awal ramadhan.
sepatutnya bila dah masuk pertengahan ramadhan, jemaah kat surau makin bertambah bukan berkurang. 
mana perginya remaja remaja lelaki dan perempuan kita? duk rumah layan cerita Supermak ? atau kat pasar borong wakaf che yeh, duk sibuk cari barang nak raya? 
tak salah kalau nak cari barang untuk persiapan lebaran tapi janganlah sampai mempersia siakan kesempatan kita untuk menghidupkan malam ramadhan pada ramadhan kali ini. 
ada juga remaja kita rancak duk ber facebook tak kira waktu, dari bersahur sampai berbuka dan dari berbuka hingga bersahur. bila masa pula kita nak beribadat? bukan apa, cuma sekadar nak mengingatkan sesama saudara seIslam. 

terutama bagi kaum lelaki, latih la diri awak awak semua untuk mendekati Allah, sentiasa merajinkan diri untuk ke rumah Allah, menunaikan solat 5 waktu secara berjemaah, dan solat sunat terawih terutamanya di bulan Ramadhan ini. Ini lah antara ciri ciri lelaki yang ingin dijadikan calon menantu oleh pak cik, mak cik. kalau boleh, kita kaum perempuan pun nak cari laki yang selalu mendekatkan diri dengan Allah. 
tapi bagi yang perempuan pula, kalau tak ade keuzuran, kita pun digalakkan untuk ke surau dan masjid yang berdekatan, solat sunat terawih ni bukan boleh jumpa tiap tiap bulan, eksklusif  hanya pada bulan Ramadhan. Jom sama sama kita hidupkan malam Ramadhan. 
calon menantu mak .

Wednesday, August 10, 2011

aduan si rakyat

بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum.

 tadi tok imam buat announcement " pihak polis dah panggil tok imam seluruh kota bharu ni, untuk berkerjasama dalam membanteras kejadian curi motor dan pecahkan cermin kereta kat kawasan surau masa terawih. selain tu, polis juga akan tangkap budak budak yang main mercun kat kawasan surau, mak ayah diorang pun polis angkut sekali pergi balai. denda RM800."
MSN Onion Emoticons
padan muka.  lain kali jangan wat jahat kat kawasan surau/masjid. ahahaha
aku yang mendengar ni senyum sampai ke telinga, rase macam nak bersorak. ahahaha
sayang giler la aku kat pihak polis. insyallah mak cik, pak cik dan jemaah surau dapat solat terawih dengan tenang. baru padan dengan muka budak budak tu, kalau setakat bagi warning je tak jalan, sekarang pihak polis akan ambil tindakan yang teramat tegas. aku sokong 100%. kepada mak ayah tu kalau tak nak botak kepala, sila nasihat la anak anak supaya jangan main mercun. kalau kena denda RM800 tu memang sodap la, tak beraya la tahun ni. =)
tak sangka entri aku sebelum ni di ambil perhatian oleh pihak berwajib.terharu. aku jadi macam aduan rakyat lak.ahahaha
Onion Icons
gembiranya aku. lalalala~
aku melaporkan dari blog aku sendiri. ahahaha
sekian. 

Monday, August 8, 2011

dugaan bulan puasa.

assalamualaikum.

alhamdulillah, dah seminggu kita menjalani ibadah puasa. jangan ada yang ponteng puasa dah la. bukan senang nak berjumpa dengan bulan Ramadhan ni, kita pun tak tahu tahun depan sempat lagi ke tak untuk kita bertemu dengan Ramadhan lagi. bulan puasa ni pun macam macam ragam orang ada, bukan ke bulan puasa ni syaitan diikat, tapi kenapa masih ade orang yang melakukan perkara terlarang. tiap tiap hari ade je berita pasal orang islam tak berpuasa di siang hari, terutama kepada golongan lelaki. kalau dah puasa pun tak, agak agaknya kewajipan lain macam solat lima waktu tu macam mana lah ye? hanya Allah yang Maha Mengetahui.
MSN Onion Emoticons
hormatilah bulan puasa. takut nanti buat malu je, kalu mati tercekik sebab tak puasa  di siang hari. 
tak puasa tu satu hal, malam hari pula buat kerja tak berfaedah. sedang orang islam menunaikan solat sunat terawih, mereka ini pun memulakan aktiviti di jalanan. merempit. paling menyampah sekali diorang pakai pakaian kebangsaan. baju melayu. konon kononya nak pergi surau. dah la tipu mak ayah, buat pula kerja yang tak mendatangkan manfaat tu. apa nak jadi dengan remaja kita sekarang ? nak rasa tak de kaki dulu ke baru nak insaf. 
MSN Onion Emoticons
kalau jadi macam gini, tobat. diorang dah tak nak merempit lagi !

budak budak pula pergi ke surau tapi bukan solat terawih tapi main mercun. orang yang tengah solat tu kur semangat. nak nya kalau orang yang tengah solat tu ade lemah jantung ke, kan ke susah. jaga la kelakuan tu, kesian kat pak cik dan mak cik yang kat dalam surau tu, asyik terkejut jer dengar bunyi b00m, mercun meletup, nak solat pun tak khusyuk.
kalau adik aku, memang lama dah aku piat piat telinga tu, kalau tak nak solat, jangan datang surau.geram betul.ni la ujian, kena banyak bersabar. nak pesan kat mak ayah budak budak yang teramat nakal ni supaya jaga anak tu baik baik, kawal mereka sikit. seeloknya kalau diorang buat perangai, jangan bawa datang kat surau. 
MSN Onion Emoticon Set
jangan main mercun kat kawasan surau !
budak budak ni memang tak serik kot main mercun, padahal kat kampung aku dah ade sorang budak yang hancur 3 jari sebab main mercun, siap masuk berita lagi. mangsa mercun yang pertama tahun ni. 
akhir kata dari aku, hormatilah bulan yang mulia ini. perbanyakkan amal ibadat dan tinggalkan perkara terlarang. 
Onion Icons
jangan duk korek idung time puasa, batal puasa ko !
sekian

Thursday, August 4, 2011

Ini KisahKu

assalamualaikum.
selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

tersentuh hati bila tengok rancangan Ini Kisahku kat TV9 masa nak siapkan juadah berbuka petang tadi. kisah Catriona Ross yang dah banyak berubah menjadi seorang yang lebih baik. alhamdulillah.
cerita Cat memang menyentuh hati, terutama sekali pasal bagaimana dia boleh terbuka hati untuk berhijab dan berhijrah untuk menjadi seorang yang lebih baik. syukur tak terhingga, Allah memberikan hidayah untuk dia berubah dan memperbaiki kesilapannya. 
setiap rabu, 6.30 ptg di TV9
bertuah seseorang hamba itu jika dia menyesali akan segala perbuatannya yang salah walau sekecil mana pun kesalahannya itu. tetapi alangkah rugi jika seseorang muslim itu tidak merasa berdosa dengan kesalahan yang dilakukannya, apakah masih ada iman dalam hatinya ? hanya Allah yang Maha Mengetahui. semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah dalam hidup kita agar kita tidak terpesong dari landasan yang benar. InsyaAllah.

alhamdulillah, syukur. kerana kita telah berjaya mengharungi ibadah puasa selama tiga hari. ustaz saya pernah bagi tahu yang dalam bulan Ramadhan ini, Allah mempercepatkan masa, sehingga kita sendiri tidak sedar. subhanallah. begitu mulianya bulan ini, bulan yang penuh keberkatan. sebagai muslim yang beriman, marilah sama sama kita manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan melakukan kebaikan dan memperbanyakkan amal ibadat. moga moga ibadah kita diterima Allah. amin.

Monday, July 18, 2011

berdosakah ku ? ampunnilah dosa ku,

assalamualaikum.

Alangkah bahagianya kita jika Allah memberikan nikmat yang tak terhingga, kekayaan, kesihatan, kebijaksanaan, kebahagiaan dan segala kebaikan kepada diri kita. TAPI kita terlupa, nikmat yang diberikan ini merupakan ujian dari Allah kepada hambaNYA. kita hanya merasakan diuji dengan ditimpakan musibah akan tetapi  kita tidak merasakan nikmat itu sebagai salah satu ujian bagi kita. lalu kita kufur dengan nikmat itu.

nikmat dan musibah ini yang mewarnai kehidupan manusia, yang mengajar kita erti syukur dan sabar.semua makhluk diberikan ujian setimpal dengan kemampuan mereka, kerana Allah tidak akan menganianya hambaNYA. 


Ada sebuah riwayat yangmenceritakan tentang tiga orang dari bani Israil yang mendapatkan nikmat dan ujian dari Allah swt. Ketiga orang tersebut merupakan penderita penyakit kusta, orang buta, dan orang yang berkepala botak permanen. Berikut ini kami sajikan kisah ketiga orang tersebut yang terdapat di dalam salah satu hadits Nabi saw.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahawa ia mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya ada tiga orang dari bani Israil, yaitu: penderita penyakit kusta, orang berkepala botak, dan orang buta. Kemudian Allah swt ingin menguji mereka bertiga, maka diutuslah kepada mereka seorang malaikat.
Maka datanglah malaikat itu kepada orang pertama yang menderita penyakit kusta dan bertanya kepadanya: “Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?”, ia menjawab: “Rupa yang bagus, kulit yang indah, dan penyakit yang menjijikan ramai orang ini hilang dari diriku”. Maka diusaplah orang tersebut, dan hilanglah penyakit itu, serta diberilah ia rupa yang bagus, kulit yang indah, kemudian malaikat itu bertanya lagi kepadanya: “Lalu kekayaan apa yang paling kamu senangi?”, ia menjawab: “unta atau sapi”, maka diberilah ia seekor unta yang sedang bunting, dan ia pun didoakan: “Semoga Allah swt memberikan berkah-Nya kepadamu dengan unta ini.”
Kemudian Malaikat tadi mendatangi orang kepalanya botak, dan bertanya kepadanya: “Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?”, ia menjawab: “Rambut yang indah, dan apa yang menjijikan dikepalaku ini hilang”, maka diusaplah kepalanya, dan seketika itu hilanglah penyakitnya, serta diberilah ia rambut yang indah, kemudian melaikat tadi bertanya lagi kepadanya: “Harta apakah yang kamu senangi?”. ia menjawab: “sapi atau unta”, maka diberilah ia seekor sapi yang sedang bunting, seraya didoakan: ” Semoga Allah swt memberkahimu dengan sapi ini.”
Kemudian melaikat tadi mendatangi orang yang buta, dan bertanya kepadanya: “Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?”, ia menjawab: ”Semoga Allah swt berkenan mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat orang”, maka diusaplah wajahnya, dan seketika itu dikembalikan oleh Allah swt penglihatannya, kemudian melaikat itu bertanya lagi kepadanya: “Harta apakah yang paling kamu senangi?”, ia menjawab: “kambing”, maka diberilah ia seekor kambing yang sedang bunting.
Lalu berkembang biaklah unta, sapi dan kambing tersebut, sehingga yang pertama memiliki satu lembah unta, yang kedua memiliki satu lembah sapi, dan yang ketiga memiliki satu lembah kambing.
Sabda Nabi saw berikutnya:
Kemudian datanglah malaikat itu kepada orang yang sebelumnya menderita penyakit kusta, dengan menyerupai dirinya disaat ia masih dalam keadaan berpenyakit kusta, dan berkata kepadanya: “Aku seorang miskin, telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rizki) dalam perjalananku ini, sehingga tidak akan dapat meneruskan perjalananku hari ini kecuali dengan pertolongan Allah swt, kemudian dengan pertolongan anda. Demi Allah yang telah memberi anda rupa yang tampan, kulit yang indah, dan kekayaan yang banyak ini, aku minta kepada anda satu ekor unta saja untuk bekal meneruskan perjalananku”, tetapi permintaan ini ditolak dan dijawab: “Hak hak (tanggunganku) masih banyak”, kemudian malaikat tadi berkata kepadanya: “Sepertinya aku pernah mengenal anda, bukankah anda ini dulu orang yang menderita penyakit lepra, yang mana orangpun sangat jijik melihat anda, lagi pula anda orang yang miskin, kemudian Allah swt memberikan kepada anda harta kekayaan?”, dia malah menjawab:
“Harta kekayaan ini warisan dari nenek moyangku yang mulia lagi terhormat”, maka malaikat tadi berkata kepadanya: “jika anda berkata dusta niscaya Allah swt akan mengembalikan anda kepada keadaan anda semula”.
Kemudian malaikat tadi mendatangi orang yang sebelumnya berkepala botak, dengan menyerupai dirinya disaat masih botak, dan berkata kepadanya sebagaimana ia berkata kepada orang yang pernah menderita penyakita lepra, serta ditolaknya pula permintaanya sebagaimana ia ditolak oleh orang yang pertama. Maka malaikat itu berkata: “jika anda berkata bohong niscaya Allah swt akan mengembalikan anda seperti keadaan semula”.
Kemudian malaikat tadi mendatangi orang yang sebelumnya buta, dengan menyerupai keadaannya dulu disaat ia masih buta, dan berkata kepadanya: “Aku adalah orang yang miskin, yang kehabisan bekal dalam perjalanan, dan telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rizki) dalam perjalananku ini, sehingga kau tidak dapat lagi meneruskan perjalananku hari ini, kecuali dengan pertolongan Allah swt kemudian pertolongan anda. Demi Allah yang telah mengembalikan penglihatan anda, aku minta seekor kambing saja untuk bekal melanjutkan perjalananku”. Maka orang itu menjawab: “Sungguh aku dulunya buta, lalu Allah swt mengembalikan penglihatanku. Maka ambillah apa yang anda sukai, dan tinggalkan apa yang tidak anda sukai. Demi Allah, saya tidak akan mempersulit anda dengan mengembalikan sesuatu yang telah anda ambil kerana Allah”. Maka malaikat tadi berkata: ” Peganglah harta kekayaan anda, kerana sesungguhnya engkau ini hanya diuji oleh Allah swt, Allah swt telah ridho kepada anda, dan murka kepada kedua teman anda”. (HR. Bukhori dan Muslim)
Demikian Rasulullah saw mengisahkan di dalam haditsnya yang cukup panjang. Jika ketiga orang lelaki di atas mengerti bahwa hakikat dari nikmat adalah ujian dari Allah swt, tentu saja mereka akan bersyukur, terjaga dari kufur, serta terhindar dari membanggakan diri dan melupakan Allah swt sebagai Sang pemberi nikmat yang Maha Tunggal. Jika mereka memahami bahwa nikmat merupakan salah satu bentuk ujian Allah swt kepada hamba-Nya, yang akan dimintai pertanggung jawabannya,niscaya mereka akan bersyukur dan terhindar dari kikir dan bakhil, sehingga mereka semua akan mendapat ridho dari Allah swt.
Semoga artikel singkat dan riwayat yang penuh dengan hikmah ini dapat menjadi pembuka hati kita semua, sehingga dapat menjadi makhluk yang senantiasa bersyukur kepada Allah swt di setiap waktu. Amin.
ampunilah hambaMu ini Ya Allah, seandainya hati ku berduka dengan apa yang telah Kau berikan. jika ini yang terbaik buat ku, aku redha berikanlah ku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Mu ini. tabahkanlah hati ku ini Ya Allah. Sesungguhnya, Kau Maha Pengasih.amin
MySpace
Kau sentiasa memberikan cahaya ketika ku dalam kegelapan.
bertapa cintanya aku padaMu, Ya Allah, kerana kasih sayang yg Kau berikan pada ku.  =)
sekian.


Sunday, July 17, 2011

sape kata aku pandai masak ?

assalamualaikum.

sebagai seorang anak kita mesti taat kepada mak ayah selagi tak bercanggah dengan Islam.
oleh sebab aku ni boleh dikategorikan sebagai anak yang "baik" so mama aku suruh aku buat biskut raye banyak banyak tahun ni. ye la, sementara aku masih duk bersenang lenang kat umah, boleh jugak aku menghabiskan waktu aku ni sebagai chef. bajet je aku ni. entah menjadi ke tidak biskut raye aku tu. sekali baling kat anjing pun boleh mati. hambek kau. keras kekung. ahahaha.
MySpace
kalau berani cuba rase biskut aku. haha
konon konon la kan, mama aku suruh aku buat biskut almond london, biskut tak nenas, biskut aman makmur, biskut cokelat ball, dan biskut kacang. banyak betul permintaan mama aku ni. mintak mintak la Allah makbulkan permintaan mama aku ni. sekarang ni tengah menjelajah internet untuk kumpul semua resepi biskut biskut. 
MySpace
nak gi kumpul resepi biskut
semangat terlebih pula aku ni. maklum la nak tunjuk yang aku pandai masak. 
saja je, entri ni aku nak bikin panas sikit kat hati kawan aku tu, asyik kutuk aku tak pandai masak je. ahahaha.
MySpace
kita tengok sape lagi terer. haha
nak gi blogwalking jap before aku sibuk dengan biskut biskut aku.
 sekian.

Thursday, July 14, 2011

Monday, July 11, 2011

seronok tapi penat.

assalamualaikum.

semalam zaty baru balik bercuti dengan family kat air terjun Lata Tembakah, Terengganu. kitorang siap menginap kat chalet situ. 
subhanallah, cantik kot tempat ni.
 yang paling best, pagi pagi lagi lepas subuh, zaty pergi terjun dalam air terjun, time tu orang lain tengah berguling atas katil lagi. sejuk kot, menggigil badan. tapi syok abis la sebab tak de orang ganggu, boleh mandi gaya bebas (still sopan dan ayu ok). haha. ngeng.
MySpace
oleh kerana air sungai yg terlalu fresh, so badanku terketar ketar. kesejukan yg teramat.
badan ni still lenguh. penat kot, dah lama tak aktif macam tu sekali. haha
tempat ni tak de la jauh sangat dari rumah zaty, dalam 2 jam perjalanan dari KB.
time bertolak balik, memang semua tertidor dalam kereta siap diiringi instrument dengkuran.krohh. krohh. nikmat betul tidor bila penat.ahahaha
MySpace
penat tak ilang lagi.abis sakit urat otot badan, naseb baik ade  mr. ogawa.  pandai dia mengurut.lol
sape yang dah lame tak bercuti dengan family tu, luangkanlah sedikit masa untuk bersama keluarga. disamping itu, kita boleh menikmati keindahan alam ciptaan Allah ni.
ok la,before sambung tidor, zaty nak pi wat lawatan kat blog blog ni :

http://ainahipp.blogspot.com/
http://limelog.blogspot.com/
http://myzziema.blogspot.com/
http://aku-freaky-falcon.blogspot.com/
http://sometimeshepisometimessad.blogspot.com/
http://sweethoney01.blogspot.com/
http://sweetyeika267.blogspot.com/
http://raini6565.blogspot.com/
http://iryana84.blogspot.com/
http://qamarguyz.blogspot.com/
http://lemonribena.blogspot.com/
http://edinakasyah.blogspot.com/
http://sayacintabulan.blogspot.com/

ni je yang termampu saat ni.
sekian.
MySpace
tidor dulu. selamat malam semua. 

Thursday, July 7, 2011

you are rubbish !

assalamualaikum.

i dont care if my blog does not famous like other blogs because what i'm looking for blogging is not popularity. i built this blog because my lecturer asking me to help in her research. and how could i say no ? she just asking me to make blog. it just simple and its a great opportunity for me to have a blog. 
MySpace
i tak heran la dengan glamour.
what wrong if i have followers below 50. i'm very so happy if somebody wanna be my follower.
 what a pleasure. and i really appreciate them, they are following my blog, they came to my page, read my entries and leave comments. and its a great honour for me. but somebody treats my follower badly. i'm very upset with that person. 
MySpace
how dare u  buat macam tu.

so u ! u make me wanna slap u faster and faster !
MySpace
pang. pang. lempang..  
ahahaahaa. relak ok. bertenang. saje je tu nak emo sikit.
jangan dilayan sangat ok. ngada ngada kot ! gedik lak aku. uweeekkkk.
belagak giler type entri dalam bahasa owang putis. sila hiraukan kesalahan grammar i ok.haha
actually nak ucap terima kasih la dekat 45 follower yg sudi follow blog ni.  tq so much.
i sentiasa singgah baca dan komen kat ur page tau. kecuali masa tak mengizinkan so i tak sempat singgah.huhu. sekarang nak pergi blogwalking kat blog followers :


yang lain tu, next time ok. 
sekian.
MySpace
buat senaman ke kiri kanan sebelum blogjogging malam bute. haha

Wednesday, July 6, 2011

gagal sekali bukan bermakna bodoh ~

assalamualaikum.

sape yg tak pernah gagal? even orang yang berjaya pun pernah gagal, dan kegagalan itu yg membuat mereka berjaya. zaty pun pernah gagal. zaty gagal untuk mencapai target yang zaty nak. tapi dengan kegagalan ini la zaty bina semangat untuk berjaya mencapai target seterusnya.
jangan pernah putus asa, teruskan melangkah walaupun seribu kali kita jatuh. 
MySpace
tak bermakna gagal sekali , selamanya akan gagal.
lambat laun kejayaan milik kita.chaiyok !
kesian tau kat kawan zaty ni, dia tak pernah rase gagal. dia top student. selalu cemerlang dalam peperiksaan. until one day, dia menangis tak henti henti. diri pun tak terurus. sebab dia gagal dapat A untuk subject yg dia selalu score. dia hanya dapat B. bagi kita, markah tu dah ok, tak la teruk sangat bukan nya failed. tapi bagi dia, dia rase dia gagal, dia tak pernah jangka, sebab itu subject favorite.
mungkin kita akan anggap dia tak bersyukur dengan pencapaiannya tu. tapi fahamilah, buat pertama kali merasakan kegagalan, memang seseorang akan jadi macam tu. tak boleh nak terima kenyataan dan sering menyalahkan diri sendiri sehingga mematahkan semangat.
MySpace
jangan pernah putus asa.
bersyukurlah kita kerana pernah merasakan kegagalan, walaupun ia hanya suatu perkara kecil tapi kegagalan itu menyedarkan kita dan benarlah kata pepatah " hidup ibarat roda yg sentiasa berputar, kadang kala kita di atas dan ada kalanya kita di bawah ".
MySpace
la tahzan, innAllaha ma'ana
(jgn bersedih, Allah bersama kita)
hiduplah dengan beriman, kerana dengan iman, semangat kita untuk terus hidup tak akan pernah luntur dan kegagalan tak dapat menggoyahkannya. kerana Allah sentiasa ada bersama kita. sabarlah, dan jalani kehidupan kita dengan jalan yg diredhai Allah.
 sekian.

kamu pernah gagal ? ape perasaan kamu ?
MySpace
relax ok n try this method *inhale then exhale. *

Tuesday, July 5, 2011

hentikan aktiviti tak bermoral ~

assalamualaikum.

aish. dalam beberapa hari ni terpaksa privatekan blog sebab ade penghendap yang tak puas hati dengan zaty. dari mana la si stalker ni dapat tau link blog zaty, sape yang bagi tau hah ?
 zaty nak hempuk laju laju ni !
MySpace
nah. rasekan!


si stalker ni bukan mulut je busuk tapi hati pun busuk !
MySpace
main cucuk cucuk lak

dulu dia selalu kutuk zaty kat fb tapi zaty tak berdiam diri terus removed dia. lepas tu ade hati nak add balik. tak dilayan ok. senang citer terus zaty block fb dia. 
MySpace
tak boleh dibiarkan.aku akn ajar kau
kenapa la dia tak puas hati sangat dengan zaty ni. kalau tak suka tak payah la kacau orang lagi.
bagi tau bapak aku karang !
MySpace
hentikan jenayah anda

pak ooo pak ! ade orang mengendap !
siap kau ! bapak aku ade kuasa ultraman.haiyaahh.
MySpace
haiyaahhh. hambek kau !


ahhhahhaaa.sekian


Thursday, June 30, 2011

terpelajar la sangat !

assalamualaikum.
kita walau belajar tinggi mana pun kena tahu cara nak hormat orang tua. ni tak, mentang mentang dah masuk U, cakap dengan lecturer bukan main menyombong pula. walaupun kita berbeza pendapat dengan mereka, tapi kita kena la hormat dengan pendapat mereka. apa salahnya sebagai orang muda selaku pelajar kepada mereka kita mengalah, tak perlu la sepatah lecturer cakap, sepuluh patah kita menjawab. sia sia je masuk U tapi perangai macam orang yang tak berpelajaran.
bila bace komen ni, rase nak hempuk je bdk kuliah aku ni!
memang orang muda dengan orang yg berusia kebanyakannya berbeza pendapat. tapi, walau ape pun selaku orang yang lebih muda hormatilah meraka yang lebih tua dari kita. apatah lagi mereka itu yang mendidik kita. malu la pada diri sendiri jika kita digelar kurang ajar oleh guru sendiri.
sekian.

p/s: bukan nak burukkan sesiapa cuma memberi pendapat sbg pelajar yg prihatin.

Monday, June 27, 2011

aku pun boleh saman kau ~

assalamualaikum.

dua bulan lepas, ayah aku accident dengan sebuah kereta Myvi kat traffic light. salah ayah aku, dia tak sempat brek pastu terlanggar bontot Myvi tu. so ayah aku slow talk dengan driver Myvi tu, masing-masing setuju nak settle dengan cara baik dan ayah aku bayar ganti rugi kat tuan Myvi tu. ingat benda tu dah selesai kat situ. semalam, tiba-tiba jer abang kepada tuan Myvi ni datang nak bagi surat saman kat ayah aku, tapi ayah aku tak de kat rumah masa tu. kebetulan, adik aku yang jumpa ngan laki ni. bila adik aku nak panggil aku, laki tu cakap nak datang esok (ahad). dia nak jumpa sendiri dengan ayah aku.
lepas ayah aku sampai rumah, adik aku bagi tahu la, ade laki nak bagi surat saman. besok dia datang lagi.
adik aku cakap nama dia nazri, so ayah aku teringat yang kes accident dengan Myvi tu. kenapa nak bagi surat saman, bukan benda tu dah kira settle. masing-masing setuju. mama aku marah giler kot, hati perut orang ni kita tak boleh percaya sangat, mulut cakap settle, lepas tu senyap-senyap pergi wat report polis, kalau nak saman tak payah la ayah aku kena bayar ganti rugi tu. kira settle ikut undang-undang terus la !
kerja nak menyusahkan orang je! geram ni !

pagi ahad, ayah aku pesan kat aku kunci gril, pintu, tutup semua tingkap. kalau ade orang laki datang tak payah buka pintu. ayah aku bimbang, aku dah la duduk sorang-sorang kat rumah, dah tu perempuan pula. aku ikut la semua arahan ayah aku tu. seharian aku duduk berkurung dalam rumah, lemas kot !
tingkap semua tutup, macam mana udara nak masuk.
dalam pukul 4.00 petang, sama macam waktu yang semalam, aku dengar ada orang laki bagi salam. aku jawab dalam hati je. banyak kali juga la dia bagi salam kat pintu depan (selama tu la aku jawab dalam hati je), lepas tu dia pergi pintu kat dapur pula dan bagi salam lagi. dah la mase tu aku tengah sedap tengok cerita 'nana tanjung', mesti dia dengar bunyi tv on ! aku dah berdebar giler, dah la sorang-sorang kat rumah. ayah aku nanti malam baru sampai rumah. kira-kira 10 minit lepas tu baru laki tu pergi. fuhh. lega hati !
tak sangka ayah aku balik awal, ayah aku tanya laki tu ada datang ke tak. aku cakap la ade tapi aku buat tak tahu je, duk diam-diam tengok tv. aku tak faham la, ape niat laki ni sebenarnya ? kalau benda dah diselesaikan cara baik kenapa nak saman-menyaman pula, dah la kejadian dua bulan lepas.

| p/s to that guy : kau ingat bontot kereta kau je yang kemek, kereta ayah aku pun masuk bengkel gak ! abis beratus nak baiki balik. memang la salah ayah aku, tapi kalau benda dah settle buat apa nak timbulkan masalah lagi. ape jenis manusia la kau ni, tak pegang pada janji langsung !
kalau kau nak sangat guna undang-undang, kita guna undang-undang. kalau kalah kat dunia pun, kat akhirat kau tak kan terlepas. ingat la, doa orang yang dizalimi mujarab. aku minta supaya Allah tunjukkan niat buruk kau tu. |

Contest : Header saya cantik

clik this banner to join.



Photobucket

header transparent ni zaty sendiri yang design. 
zaty letak gambar budak tengah main buaian, konon-konon untuk menunjukkan budak tu tengah happy.
gambar budak yang tengah senyum tu sebagai promoter tuk blog zaty,actually nak bajet cute je. hihi. 
kalau tengok betol-betol header ni, macam bentuk senyuman.
sebenarnya budak tu ada lesung pipit sebelah kiri.
 sebab tu secara tak sengaja blog ni zaty letak nama chinta lesung pipit ( zaty le tu).
tu je and enjoy to join this contest, sekian.

kepada yg nak join contest ni, cepat ! deadline 11.59 PM. 27 June.
p/s : maaf kan diri ini krn terlebih perasan suda. hihi
saja je tu, jangan amik hati ye. ^_^


Thursday, June 23, 2011

dulu kita kawan ~

keluar sorang-sorang memang membosankan. pastu teringat iklan mcD GCB, baru je nak gi order kat kaunter tiba-tiba hilang selera. ape lagi cepat-cepat keluar dari situ.
tak sangka dia ikut, so terpaksa la buat muka senyum, bila dia tegur. = )


dia : z*** ! lama tak jumpa.
z  : ya. lama.
dia : aku nak mintak maaf pasal hal dulu. 
z : tak pe la, aku pun minta maaf gak dan lupekan je la pasal hal-hal yang lepas.
dia : so, boleh kita jadi kawan balik ?
z : erm, tak.aku rasa lebih baik kita macam ni je.
dia : kenapa ? aku dah berubah.
z : aku pun dah berubah. sebab tu la, kita dah tak boleh berkawan. 
dia : erm,tak pe la kalau macam tu. nampaknya hal dulu dah selesai.thanks. 


dulu kita kawan, dan ada satu syarat dalam berkawan, jangan pernah kianati kawan ! sebab kamu dah langgar syarat tu, terpaksa la putus kawan.
maaf. bukan nak menyombong ,
bukan berdendam,
bukan masih marah,
bukan benci,
semua perasaan tu tak de.
biarlah yang berlalu tu pergi.


*satu hari fikir pasal ni,,rupe-rupenya ni la benda yang tak diselesaikan dulu tapi sekarang dah diselesaikan..
esok umur aku dah meningkat. T_T
semoga aku dapat capai cita-cita aku, hadiahkan kejayaan aku untuk mama & baba.. bila la rsult final nak kluar. erghh*

kau tak setaraf !

“Siapa itu Kasim Selamat? Loyar? Majisterit?”
“Ahli muzik, mak…”
“Pantang keturunan aku ahli muzik!”

Dialog ini mungkin jarang kita dengar dalam kalangan masyarakat hari ini. Tetapi, tempiasnya dapat dirasakan terutamanya apabila ada rombongan membawa sireh pinang dan cincin sebentuk. Soalan yang sering ditanya kepada kepala rombongan… “dia kerja apa? kat mana?” dll.
Jarang yang ‘berani’ bertanya… “dia tahu sembahyang tak? puasa pernah tinggal? dah berapa kali khatam al-Quran?” dll. Percayalah, kalau ini yang ditanya, pasti merah padam anggota rombongan yang masuk meminang. Silap hari bulan, terus angkat punggung kerana menganggap soalan itu ‘menghina’ (???) si teruna.

nak baca lebih lanjut. tekan Dr.Hasanah

bila baca artikel kat atas baru faham makna sekufu. sekufu ni antara ciri untuk pilih pasangan yang islam nyatakan. ada yang salah faham pasal sekufu, mereka hanya memahami pasangan hidup itu harus setaraf dari segi harta dan pangkat. 
sekufu ni bukan sahaja dari segi harta, pendidikan tapi dari segi agama. 
akhlak pasangan juga termasuk dalam ciri sekufu.
jangan hanya kita memandang pangkat dan harta. tapi pandanglah akhlak, iman seseorang itu. nilailah dia berdasarkan agamanya, layakkah dia menjadi pasangan kita. begitu juga dengan kita. ^_^

Monday, June 20, 2011

junior nak jadi senior ~

sometimes kita rasa kita dah betul-betul dewasa, sampaikan nak panggil semua orang adik.

situasi di sebuah restoran pizza .........
budak : dik, nak oder pizza!
waiter :  ye cik, nak oder ape ? 
budak : nak set 3, air tukar air coklat float.
waiter : nak tambah ape-ape lagi cik?
budak :  tak de. tq dik.  sambil tersenyum .. =)

pizza dah sampai !
waiter :  selamat menjamu selera cik.
budak :  terima kasih dik.
tiba-tiba budak cakap : dik, ada sos cili tak ?
waiter : jap yer cik. ini dia
budak : thanks dik.

dah kenyang, nak bungkus pizza tak abis.
budak : dik, tolong bungkuskan pizza ni.
waiter :  nah cik. saya tanya sikit boleh ?
budak :  yer, ade ape?
waiter :  awak ni budak u** kan?
budak :  yer, kenape?
waiter
waiter :  tak ingat ke, saya jadi fesi awak masa orentasi. (sambil kenyit mata.)
budak :  ya ALLAH. abang haris eh, abang kerja kat sini ? tak perasan la. ~_~
waiter : abang? tadi panggil dik. hahahaaaaaaa (dia gelak perli !)
budak : ......................... (malu tak terkata. T_T)

*adush, len kali tengok orang la dulu nak panggil gelaran adik ke , akak, pak cik. tak pasal-pasal kena atas batang hidung. kaw-kaw punyer ! =P

SEGMEN JOM BLOGWALKING RAMAI-RAMAI

nak harta karun ? tekan banner kat atas. =D

tadi singgah kat blog Tia. tuan blog ni ade buat segmen Jom Blogwalking Ramai-Ramai. so kalau dah tak de kerja macam zaty ni sila la join segmen ni. sambil tu boleh blogwalking dengan riangnya. ^__^

ni la antara blog yang terpilih :

* blog mereka antara yang best* 


Sunday, June 19, 2011

Dayana AZ Giveaway, My Favourite Number!

tekan banner ni untuk join 

Nombor kegemaran saya ialah 3311 kerana nombor ini nombor peti surat alamat rumah saya . :D

mereka baik hati dan pemurah kerana sudi menjadi sponsor :




si bodoh sombong ~

bodoh sombong ni jenis manusia yang bodoh tak boleh nak diajar cerdik tak boleh nak diikut !
geram betol aku dengan manusia jenis macam ni, belagak pandai nasihat orang lain mana nak dia ikut. buat benda tu ikut suka kepala dia je. ni ade cite sikit pasal si milah !
 
milah nak cari kerja, sebab dah bosan tahap max duk kat rumah so dia siap post kat fb lagi kalau ade orang yang berminat nak offer dia kerja . lepas tu ade sorang mamat ni antar mesej kat inbox fb dia , ajak dia jumpa sebab nak offer dia kerja . puas kawan dia nasihat tak payah pergi, tapi dia kata "ala , ade orang nak bagi kerja tak kan nak tolak ." huhh .

spy cik milah !
pergi pula bukan nak ajak orang lain teman . buat berani sendiri . tak takut ke kalau jadi ape-ape , dah la kau tu perempuan . si kawan pun berpakat , ikut dia senyap-senyap . jadi spy pula ( ni kes tak de kerja, cari kerja) .ye la , bimbang kot pasal si milah ni . yang peliknya kenapa nak jumpa kat mcD ? kenapa tak pejabat ke ? tak kan kerja mcD kot ? hishh . tak tenang hati kitorang .   

sampai kat mcD tu nampak la milah dengan mamat tu tengah serius berbincang . lepas tu milah nampak macam tak selesa sebab mamat tu macam duk paksa dia sain kertas (kontrak kot ) . si kawan pun cepat-cepat gi kat milah . 
ape lagi diorang tanya la mamat tu " kerja ape yang encik nak bagi kat kawan kitorang ni?" 
tergagap-gagap mamat tu nak jawab (cuak la tu !) 
pastu dia marah " kalau tak nak kerja , jangan buang masa saya !" pastu cepat-cepat dia amek semua file dan terus bla camtu je .

milah cakap mamat tu kerja  MLM, so dia nak suruh milah kerja bawah dia . kena sain kontrak dan bayar beribu kot . ni macam kes menipu . pastu teruk milah kena marah dengan mak ayah dia . so sekarang kena duk umah je . tak payah kerja ! 
tu la lain kali hati-hati la, jangan ikut pandai sendiri cik milah oooi ! o_O

* tolong la jangan tiru aksi cik milah ni . Okep . 
and dont leave man behind = jangan tinggalkan sahabat dalam kesusahan . ^_^


Wednesday, June 15, 2011

kunci dalam persahabatan ~

sahabat dan kita, dua individu yang berbeza dan sudah pasti memiliki sikap dan keinginan yang berbeza di antara satu sama lain . jom share tips yang boleh jadikan persahabatan kita lebih utuh :


1) bersikap tebuka adalah suatu landasan penting yang harus diamalkan dalam persahabatan . sebuah hubungan persahabatan yang sihat pasti akan bebas dari perasaan dendam dan bersalah . jika timbul masalah , berbincanglah mengenainya secara terbuka . 

2) layan sahabat anda seperti mana anda ingin diri anda dilayani olehnya . jadi jika kita nak sahabat kita ada pada waktu kita sedih lakukan perkara ini kat sahabat kita dulu .

3) tak ada manusia yang sempurna kat dunia ini . saling menerima kekurangan antara satu sama lain amat diperlukan bila bersahabat . namun pada masa yang sama , masing-masing perlu cuba saling membantu untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam diri . dan perlulah bersikap terbuka dalam menerima kritikan yang membina .

4) hargai pendapat . berbeza pendapat tak salah . namun kita perlu menguruskan dengan baik .

5) sahabat bukan individu yang akan bersama kita 24/7 . sebab masing-masing ada kehidupan sendiri . jadi jangan berasa hati kalau sahabat tu sibuk dengan keluarganya atau rakan-rakan lain .

6) komunikasi ! komunikasi yang berkesan mampu membentuk hubungan persahabatan yang harmoni .

7) belajar antara satu sama lain agar hubungan lebih mesra .

8) jangan jadi 'kekasih' halangan untuk bersahabat . antara kekasih dan sahabat ? yang mana anda akan pilih ? hihi .. ^__^


kawan makan kawan ~

sakit hati bila dapat tahu kawan kita sendiri cakap benda buruk pasal kita . ingatkan dia kawan kita dunia akhirat rupa-rupanya musuh dalam selimut ! 
nak cerita kat kawan yang lain takut mereka pula akan bawa mulut , lepas tu cakap benda buruk pula pasal dia . walaupun dia dah cakap bukan-bukan pasal kita kat orang lain tapi kita tak nak la berlaku perbalahan yang mungkin akan menyebabkan persahabatan tu akan hancur berkecai . berdosa memutuskan hubungan persaudaraan . dia tak fikir ke berdosa memburuk-burukkan saudara sendiri !
apa yang kita akan lakukan hanya menangis sorang diri , merintih pada Allah . T_T

tak semua orang yang berkawan dengan kita mempunyai niat yang baik . ada sesetengah kawan hanya mahu menumpang senang kita je . bila kita susah , mereka lari tinggalkan kita sorang diri . 
kita tak boleh nak baca isi hati kawan kita , sebab tu dalam berkawan ni kita perlu berhati-hati , jangan sampai memakan diri kita . tapi kita kena la ikhlas kan hati dalam berkawan , baru orang akan suka berkawan dengan kita dan tak sanggup nak buat jahat kat kita . jangan menyimpan dendam dalam persahabatan . biarkan apa yang telah berlaku sebagai pengajaran untuk kita lebih berwaspada dalam berkawan . dan pilihlah kawan yang boleh membawa kita ke arah kebaikan . ^^

Friday, June 10, 2011

campak je telefon kat laut !

baru perasan la, satu hari suntuk  handphone off  sebab dari pagi tadi cas phone . haha
baru je on tadi , pastu bertalu-talu bunyi "beeppppp" . tak henti-henti mesej masuk dalam inbox . 17 mesej termasuk la 3 miscall dari 2 no yang tak dikenali . 5 miscall dari family and friends . benda ni kira normal la , dah selalu sangat berlaku . semua bengang kot . siap bagi cadangan " zaty , ade phone pun macam tak de . baik campak kat laut jer ! " T_T



sorry la , dah memang tabiat aku macam tu . aku bukan ambil kisah sangat dengan phone aku . time aku nak guna baru aku tercari-cari . ~_~
cian phone blueberry aku . dia yang jadi mangsa aku . selalu tak diendahkan tuan sendiri . seperti anak terbuang . maafkan tuan mu ini wahai blueberry sayang .  >.<
blueberryKU
sebenarnya nak cerita sikit pasal nombor yang tak dikenali tadi . si tuan empunya nombor telefon tu bukan setakat miscall tapi siap hantar mesej berbaur tak puas hati dengan aku yang baik hati ni . hihi
inbox >>

no. tak dikenali >> ehmm..bg0s bg n0m kt mmber2 plak..pas2 p cterz pasal sye kt 0wg laen
bg0znye..

insan tak bersalah >> sorry ? sape ni ?

no. tak dikenali >> i'm s0ri.. i wr0ng n0m .

<< close inbox >>

woi . jangan main tlepon !
malas aku nak layan orang yang macam gini . baca mesej dia pun rase macam menyampah. buang masa je . sebab makin dilayan makin melarat , taktik mengayat . silap / salah nombor ? perlukah benda tu berlaku . ya . tak dinafikan tapi kalau dah miscall orang , pastu hantar mesej  tak kan la tak perasan yang anda dah salah nombor . ni tak, bila orang tanya siapa ? baru nak sedar yang anda menghubungi orang yang salah .
nak pesan la sikit . semak la dulu, betul ke tak nombor orang yang nak anda hubungi tu . jangan main rembat je . kena dengan orang yang panas baran ? cari gaduh je . dah la hantar mesej nak marah orang . ^_^
kalau nak kenal cakap je nak kenal . tak perlu alasan lapuk tu . buat malu je .