photo Untitled-6.gif

Thursday, June 30, 2011

terpelajar la sangat !

assalamualaikum.
kita walau belajar tinggi mana pun kena tahu cara nak hormat orang tua. ni tak, mentang mentang dah masuk U, cakap dengan lecturer bukan main menyombong pula. walaupun kita berbeza pendapat dengan mereka, tapi kita kena la hormat dengan pendapat mereka. apa salahnya sebagai orang muda selaku pelajar kepada mereka kita mengalah, tak perlu la sepatah lecturer cakap, sepuluh patah kita menjawab. sia sia je masuk U tapi perangai macam orang yang tak berpelajaran.
bila bace komen ni, rase nak hempuk je bdk kuliah aku ni!
memang orang muda dengan orang yg berusia kebanyakannya berbeza pendapat. tapi, walau ape pun selaku orang yang lebih muda hormatilah meraka yang lebih tua dari kita. apatah lagi mereka itu yang mendidik kita. malu la pada diri sendiri jika kita digelar kurang ajar oleh guru sendiri.
sekian.

p/s: bukan nak burukkan sesiapa cuma memberi pendapat sbg pelajar yg prihatin.

Monday, June 27, 2011

aku pun boleh saman kau ~

assalamualaikum.

dua bulan lepas, ayah aku accident dengan sebuah kereta Myvi kat traffic light. salah ayah aku, dia tak sempat brek pastu terlanggar bontot Myvi tu. so ayah aku slow talk dengan driver Myvi tu, masing-masing setuju nak settle dengan cara baik dan ayah aku bayar ganti rugi kat tuan Myvi tu. ingat benda tu dah selesai kat situ. semalam, tiba-tiba jer abang kepada tuan Myvi ni datang nak bagi surat saman kat ayah aku, tapi ayah aku tak de kat rumah masa tu. kebetulan, adik aku yang jumpa ngan laki ni. bila adik aku nak panggil aku, laki tu cakap nak datang esok (ahad). dia nak jumpa sendiri dengan ayah aku.
lepas ayah aku sampai rumah, adik aku bagi tahu la, ade laki nak bagi surat saman. besok dia datang lagi.
adik aku cakap nama dia nazri, so ayah aku teringat yang kes accident dengan Myvi tu. kenapa nak bagi surat saman, bukan benda tu dah kira settle. masing-masing setuju. mama aku marah giler kot, hati perut orang ni kita tak boleh percaya sangat, mulut cakap settle, lepas tu senyap-senyap pergi wat report polis, kalau nak saman tak payah la ayah aku kena bayar ganti rugi tu. kira settle ikut undang-undang terus la !
kerja nak menyusahkan orang je! geram ni !

pagi ahad, ayah aku pesan kat aku kunci gril, pintu, tutup semua tingkap. kalau ade orang laki datang tak payah buka pintu. ayah aku bimbang, aku dah la duduk sorang-sorang kat rumah, dah tu perempuan pula. aku ikut la semua arahan ayah aku tu. seharian aku duduk berkurung dalam rumah, lemas kot !
tingkap semua tutup, macam mana udara nak masuk.
dalam pukul 4.00 petang, sama macam waktu yang semalam, aku dengar ada orang laki bagi salam. aku jawab dalam hati je. banyak kali juga la dia bagi salam kat pintu depan (selama tu la aku jawab dalam hati je), lepas tu dia pergi pintu kat dapur pula dan bagi salam lagi. dah la mase tu aku tengah sedap tengok cerita 'nana tanjung', mesti dia dengar bunyi tv on ! aku dah berdebar giler, dah la sorang-sorang kat rumah. ayah aku nanti malam baru sampai rumah. kira-kira 10 minit lepas tu baru laki tu pergi. fuhh. lega hati !
tak sangka ayah aku balik awal, ayah aku tanya laki tu ada datang ke tak. aku cakap la ade tapi aku buat tak tahu je, duk diam-diam tengok tv. aku tak faham la, ape niat laki ni sebenarnya ? kalau benda dah diselesaikan cara baik kenapa nak saman-menyaman pula, dah la kejadian dua bulan lepas.

| p/s to that guy : kau ingat bontot kereta kau je yang kemek, kereta ayah aku pun masuk bengkel gak ! abis beratus nak baiki balik. memang la salah ayah aku, tapi kalau benda dah settle buat apa nak timbulkan masalah lagi. ape jenis manusia la kau ni, tak pegang pada janji langsung !
kalau kau nak sangat guna undang-undang, kita guna undang-undang. kalau kalah kat dunia pun, kat akhirat kau tak kan terlepas. ingat la, doa orang yang dizalimi mujarab. aku minta supaya Allah tunjukkan niat buruk kau tu. |

Contest : Header saya cantik

clik this banner to join.



Photobucket

header transparent ni zaty sendiri yang design. 
zaty letak gambar budak tengah main buaian, konon-konon untuk menunjukkan budak tu tengah happy.
gambar budak yang tengah senyum tu sebagai promoter tuk blog zaty,actually nak bajet cute je. hihi. 
kalau tengok betol-betol header ni, macam bentuk senyuman.
sebenarnya budak tu ada lesung pipit sebelah kiri.
 sebab tu secara tak sengaja blog ni zaty letak nama chinta lesung pipit ( zaty le tu).
tu je and enjoy to join this contest, sekian.

kepada yg nak join contest ni, cepat ! deadline 11.59 PM. 27 June.
p/s : maaf kan diri ini krn terlebih perasan suda. hihi
saja je tu, jangan amik hati ye. ^_^


Thursday, June 23, 2011

dulu kita kawan ~

keluar sorang-sorang memang membosankan. pastu teringat iklan mcD GCB, baru je nak gi order kat kaunter tiba-tiba hilang selera. ape lagi cepat-cepat keluar dari situ.
tak sangka dia ikut, so terpaksa la buat muka senyum, bila dia tegur. = )


dia : z*** ! lama tak jumpa.
z  : ya. lama.
dia : aku nak mintak maaf pasal hal dulu. 
z : tak pe la, aku pun minta maaf gak dan lupekan je la pasal hal-hal yang lepas.
dia : so, boleh kita jadi kawan balik ?
z : erm, tak.aku rasa lebih baik kita macam ni je.
dia : kenapa ? aku dah berubah.
z : aku pun dah berubah. sebab tu la, kita dah tak boleh berkawan. 
dia : erm,tak pe la kalau macam tu. nampaknya hal dulu dah selesai.thanks. 


dulu kita kawan, dan ada satu syarat dalam berkawan, jangan pernah kianati kawan ! sebab kamu dah langgar syarat tu, terpaksa la putus kawan.
maaf. bukan nak menyombong ,
bukan berdendam,
bukan masih marah,
bukan benci,
semua perasaan tu tak de.
biarlah yang berlalu tu pergi.


*satu hari fikir pasal ni,,rupe-rupenya ni la benda yang tak diselesaikan dulu tapi sekarang dah diselesaikan..
esok umur aku dah meningkat. T_T
semoga aku dapat capai cita-cita aku, hadiahkan kejayaan aku untuk mama & baba.. bila la rsult final nak kluar. erghh*

kau tak setaraf !

“Siapa itu Kasim Selamat? Loyar? Majisterit?”
“Ahli muzik, mak…”
“Pantang keturunan aku ahli muzik!”

Dialog ini mungkin jarang kita dengar dalam kalangan masyarakat hari ini. Tetapi, tempiasnya dapat dirasakan terutamanya apabila ada rombongan membawa sireh pinang dan cincin sebentuk. Soalan yang sering ditanya kepada kepala rombongan… “dia kerja apa? kat mana?” dll.
Jarang yang ‘berani’ bertanya… “dia tahu sembahyang tak? puasa pernah tinggal? dah berapa kali khatam al-Quran?” dll. Percayalah, kalau ini yang ditanya, pasti merah padam anggota rombongan yang masuk meminang. Silap hari bulan, terus angkat punggung kerana menganggap soalan itu ‘menghina’ (???) si teruna.

nak baca lebih lanjut. tekan Dr.Hasanah

bila baca artikel kat atas baru faham makna sekufu. sekufu ni antara ciri untuk pilih pasangan yang islam nyatakan. ada yang salah faham pasal sekufu, mereka hanya memahami pasangan hidup itu harus setaraf dari segi harta dan pangkat. 
sekufu ni bukan sahaja dari segi harta, pendidikan tapi dari segi agama. 
akhlak pasangan juga termasuk dalam ciri sekufu.
jangan hanya kita memandang pangkat dan harta. tapi pandanglah akhlak, iman seseorang itu. nilailah dia berdasarkan agamanya, layakkah dia menjadi pasangan kita. begitu juga dengan kita. ^_^

Monday, June 20, 2011

junior nak jadi senior ~

sometimes kita rasa kita dah betul-betul dewasa, sampaikan nak panggil semua orang adik.

situasi di sebuah restoran pizza .........
budak : dik, nak oder pizza!
waiter :  ye cik, nak oder ape ? 
budak : nak set 3, air tukar air coklat float.
waiter : nak tambah ape-ape lagi cik?
budak :  tak de. tq dik.  sambil tersenyum .. =)

pizza dah sampai !
waiter :  selamat menjamu selera cik.
budak :  terima kasih dik.
tiba-tiba budak cakap : dik, ada sos cili tak ?
waiter : jap yer cik. ini dia
budak : thanks dik.

dah kenyang, nak bungkus pizza tak abis.
budak : dik, tolong bungkuskan pizza ni.
waiter :  nah cik. saya tanya sikit boleh ?
budak :  yer, ade ape?
waiter :  awak ni budak u** kan?
budak :  yer, kenape?
waiter
waiter :  tak ingat ke, saya jadi fesi awak masa orentasi. (sambil kenyit mata.)
budak :  ya ALLAH. abang haris eh, abang kerja kat sini ? tak perasan la. ~_~
waiter : abang? tadi panggil dik. hahahaaaaaaa (dia gelak perli !)
budak : ......................... (malu tak terkata. T_T)

*adush, len kali tengok orang la dulu nak panggil gelaran adik ke , akak, pak cik. tak pasal-pasal kena atas batang hidung. kaw-kaw punyer ! =P

SEGMEN JOM BLOGWALKING RAMAI-RAMAI

nak harta karun ? tekan banner kat atas. =D

tadi singgah kat blog Tia. tuan blog ni ade buat segmen Jom Blogwalking Ramai-Ramai. so kalau dah tak de kerja macam zaty ni sila la join segmen ni. sambil tu boleh blogwalking dengan riangnya. ^__^

ni la antara blog yang terpilih :

* blog mereka antara yang best* 


Sunday, June 19, 2011

Dayana AZ Giveaway, My Favourite Number!

tekan banner ni untuk join 

Nombor kegemaran saya ialah 3311 kerana nombor ini nombor peti surat alamat rumah saya . :D

mereka baik hati dan pemurah kerana sudi menjadi sponsor :




si bodoh sombong ~

bodoh sombong ni jenis manusia yang bodoh tak boleh nak diajar cerdik tak boleh nak diikut !
geram betol aku dengan manusia jenis macam ni, belagak pandai nasihat orang lain mana nak dia ikut. buat benda tu ikut suka kepala dia je. ni ade cite sikit pasal si milah !
 
milah nak cari kerja, sebab dah bosan tahap max duk kat rumah so dia siap post kat fb lagi kalau ade orang yang berminat nak offer dia kerja . lepas tu ade sorang mamat ni antar mesej kat inbox fb dia , ajak dia jumpa sebab nak offer dia kerja . puas kawan dia nasihat tak payah pergi, tapi dia kata "ala , ade orang nak bagi kerja tak kan nak tolak ." huhh .

spy cik milah !
pergi pula bukan nak ajak orang lain teman . buat berani sendiri . tak takut ke kalau jadi ape-ape , dah la kau tu perempuan . si kawan pun berpakat , ikut dia senyap-senyap . jadi spy pula ( ni kes tak de kerja, cari kerja) .ye la , bimbang kot pasal si milah ni . yang peliknya kenapa nak jumpa kat mcD ? kenapa tak pejabat ke ? tak kan kerja mcD kot ? hishh . tak tenang hati kitorang .   

sampai kat mcD tu nampak la milah dengan mamat tu tengah serius berbincang . lepas tu milah nampak macam tak selesa sebab mamat tu macam duk paksa dia sain kertas (kontrak kot ) . si kawan pun cepat-cepat gi kat milah . 
ape lagi diorang tanya la mamat tu " kerja ape yang encik nak bagi kat kawan kitorang ni?" 
tergagap-gagap mamat tu nak jawab (cuak la tu !) 
pastu dia marah " kalau tak nak kerja , jangan buang masa saya !" pastu cepat-cepat dia amek semua file dan terus bla camtu je .

milah cakap mamat tu kerja  MLM, so dia nak suruh milah kerja bawah dia . kena sain kontrak dan bayar beribu kot . ni macam kes menipu . pastu teruk milah kena marah dengan mak ayah dia . so sekarang kena duk umah je . tak payah kerja ! 
tu la lain kali hati-hati la, jangan ikut pandai sendiri cik milah oooi ! o_O

* tolong la jangan tiru aksi cik milah ni . Okep . 
and dont leave man behind = jangan tinggalkan sahabat dalam kesusahan . ^_^


Wednesday, June 15, 2011

kunci dalam persahabatan ~

sahabat dan kita, dua individu yang berbeza dan sudah pasti memiliki sikap dan keinginan yang berbeza di antara satu sama lain . jom share tips yang boleh jadikan persahabatan kita lebih utuh :


1) bersikap tebuka adalah suatu landasan penting yang harus diamalkan dalam persahabatan . sebuah hubungan persahabatan yang sihat pasti akan bebas dari perasaan dendam dan bersalah . jika timbul masalah , berbincanglah mengenainya secara terbuka . 

2) layan sahabat anda seperti mana anda ingin diri anda dilayani olehnya . jadi jika kita nak sahabat kita ada pada waktu kita sedih lakukan perkara ini kat sahabat kita dulu .

3) tak ada manusia yang sempurna kat dunia ini . saling menerima kekurangan antara satu sama lain amat diperlukan bila bersahabat . namun pada masa yang sama , masing-masing perlu cuba saling membantu untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam diri . dan perlulah bersikap terbuka dalam menerima kritikan yang membina .

4) hargai pendapat . berbeza pendapat tak salah . namun kita perlu menguruskan dengan baik .

5) sahabat bukan individu yang akan bersama kita 24/7 . sebab masing-masing ada kehidupan sendiri . jadi jangan berasa hati kalau sahabat tu sibuk dengan keluarganya atau rakan-rakan lain .

6) komunikasi ! komunikasi yang berkesan mampu membentuk hubungan persahabatan yang harmoni .

7) belajar antara satu sama lain agar hubungan lebih mesra .

8) jangan jadi 'kekasih' halangan untuk bersahabat . antara kekasih dan sahabat ? yang mana anda akan pilih ? hihi .. ^__^


kawan makan kawan ~

sakit hati bila dapat tahu kawan kita sendiri cakap benda buruk pasal kita . ingatkan dia kawan kita dunia akhirat rupa-rupanya musuh dalam selimut ! 
nak cerita kat kawan yang lain takut mereka pula akan bawa mulut , lepas tu cakap benda buruk pula pasal dia . walaupun dia dah cakap bukan-bukan pasal kita kat orang lain tapi kita tak nak la berlaku perbalahan yang mungkin akan menyebabkan persahabatan tu akan hancur berkecai . berdosa memutuskan hubungan persaudaraan . dia tak fikir ke berdosa memburuk-burukkan saudara sendiri !
apa yang kita akan lakukan hanya menangis sorang diri , merintih pada Allah . T_T

tak semua orang yang berkawan dengan kita mempunyai niat yang baik . ada sesetengah kawan hanya mahu menumpang senang kita je . bila kita susah , mereka lari tinggalkan kita sorang diri . 
kita tak boleh nak baca isi hati kawan kita , sebab tu dalam berkawan ni kita perlu berhati-hati , jangan sampai memakan diri kita . tapi kita kena la ikhlas kan hati dalam berkawan , baru orang akan suka berkawan dengan kita dan tak sanggup nak buat jahat kat kita . jangan menyimpan dendam dalam persahabatan . biarkan apa yang telah berlaku sebagai pengajaran untuk kita lebih berwaspada dalam berkawan . dan pilihlah kawan yang boleh membawa kita ke arah kebaikan . ^^

Friday, June 10, 2011

campak je telefon kat laut !

baru perasan la, satu hari suntuk  handphone off  sebab dari pagi tadi cas phone . haha
baru je on tadi , pastu bertalu-talu bunyi "beeppppp" . tak henti-henti mesej masuk dalam inbox . 17 mesej termasuk la 3 miscall dari 2 no yang tak dikenali . 5 miscall dari family and friends . benda ni kira normal la , dah selalu sangat berlaku . semua bengang kot . siap bagi cadangan " zaty , ade phone pun macam tak de . baik campak kat laut jer ! " T_T



sorry la , dah memang tabiat aku macam tu . aku bukan ambil kisah sangat dengan phone aku . time aku nak guna baru aku tercari-cari . ~_~
cian phone blueberry aku . dia yang jadi mangsa aku . selalu tak diendahkan tuan sendiri . seperti anak terbuang . maafkan tuan mu ini wahai blueberry sayang .  >.<
blueberryKU
sebenarnya nak cerita sikit pasal nombor yang tak dikenali tadi . si tuan empunya nombor telefon tu bukan setakat miscall tapi siap hantar mesej berbaur tak puas hati dengan aku yang baik hati ni . hihi
inbox >>

no. tak dikenali >> ehmm..bg0s bg n0m kt mmber2 plak..pas2 p cterz pasal sye kt 0wg laen
bg0znye..

insan tak bersalah >> sorry ? sape ni ?

no. tak dikenali >> i'm s0ri.. i wr0ng n0m .

<< close inbox >>

woi . jangan main tlepon !
malas aku nak layan orang yang macam gini . baca mesej dia pun rase macam menyampah. buang masa je . sebab makin dilayan makin melarat , taktik mengayat . silap / salah nombor ? perlukah benda tu berlaku . ya . tak dinafikan tapi kalau dah miscall orang , pastu hantar mesej  tak kan la tak perasan yang anda dah salah nombor . ni tak, bila orang tanya siapa ? baru nak sedar yang anda menghubungi orang yang salah .
nak pesan la sikit . semak la dulu, betul ke tak nombor orang yang nak anda hubungi tu . jangan main rembat je . kena dengan orang yang panas baran ? cari gaduh je . dah la hantar mesej nak marah orang . ^_^
kalau nak kenal cakap je nak kenal . tak perlu alasan lapuk tu . buat malu je .

Thursday, June 9, 2011

credit to the following bloggers

speciall thanks to myzziema.blogspot.com  sebab share linkies pasal tutorial make over blog - senarai-link-untuk-make-over-blog
 so saya boleh make over blog saya ni dengan senang . sila la jenguk blog myz ziema . 

terima kasih juga kat tuan blog hanalovenest.com sebab bagi link tutorial nak buat header transparent guna photoshop - go to blog's intanurulfateha . tq so much tuan blog . memang senang steps untuk wat header transparent . sebab tuan blog tu ajar step by step . power la . sekarang ni dah mahir sikit nak guna photoshop tu . kalau dulu main guna je . =D



anda pun cuba la Libresse ~

assalamualaikum .

He likes yuna so much ! dia memang minat giler kat yuna sampai semua lagu yuna dia hafal , suruh girlfriend dia ikut style yuna terutamanya cara bertudung . itu semua ok lagi la . tapi yang aku tak boleh terima dia promote kat girlfriend dia Libresse ! ape benda tu ? Libresse ni sejenis jenama tuala wanita . T_T

wow . yuna cumel .

memang patut la girlfriend dia bengang dengan dia seminggu . malu siot ! kalau ye pun fanatic sangat dengan yuna jangan la kau pergi promote benda alah tu kat girlfriend kau ajim . aku yang dengar citer kau ni pun bengang . serius sengal ! grrrrrr . =.=

* aku tak guna jenama ni . ok ! 

Tuesday, June 7, 2011

otak melayu mahal ~

assalamualaikum .

teringat cerita ustaz masa zaman sekolah dulu . dia suruh kita orang jawab soalan bahasa arab kat white board . lepas tu semua tak dapat jawab . dia pun cakap kat kita orang semua sambil ketawa " ni la orang melayu malas nak fikir , semua nak ambil jalan mudah . jawab tak tahu je ."  (haahaaa !)
kata ustaz sebab tu orang cina cakap " otak melayu manyak mahal !"
ye ke ? berape juta ? kenapa pula mahal ? bijak sangat ke ?

bayangkan otak kita seperti kereta yang jarang digunakan dan kereta yang selalu digunakan oleh tuannya . jika tuan punya kereta nak jual balik kereta dia, antara dua buah kereta tu mana satu yang lebih mahal harganya ? tentu sekali kereta yang jarang digunakan .  begitulah situasi yang menggambarkan otak orang melayu dan otak orang cina .

prufesur !!
sebenarnya orang melayu yang kebanyakkannya bertindak tanpa berfikir panjang dan ada juga yang buat kerja tak guna otak . jadi kita jangan bangga kalau orang cakap otak kita ni mahal .. =D
gunakan otak anda sebaik mungkin .

Sunday, June 5, 2011

result dah nak keluar ~

keputusan final exam esok , 6 june 2011 . fuhh
nak kata berdebar biase jer , dah sebulan lebih duk tuggu result . akhirnya nak keluar juga engkau ya result . 
tawakal kepada Allah . tak kesah la macam mana pun , aku dah usaha dah berhempas pulas selama dua semester kat tamhidi tu . doa dah pun aku pohon , solat hajat sudah aku usaikan . berharap agar Allah berikan kejayaan dan kebahagian kepada aku serta kawan-kawan . sesungguhnya Allah mengetahui ape yang kita tak ketahui .
result = ok /ko ?


marah mak marah sayang ~

haa,, assalamualaikum.. =D

mak ni insan yang paling suka membebel kat anak-anak dia . kalau yang malas-malas tu memang sedap la kena leter dengan mak yer . mak membebel bukan saja-saja nak suruh kering tekak dia tapi nak bagi nasihat kat anak dia . nak suruh anak dia tu jadi manusia yang berguna . paham-paham la bila mak dah mula berleter bukan seminit dua , bukan sepatah dua ayat yang keluar daripada mulut mak tu . kadang-kadang berjela-jela sampai penat kita ni sebagai pendengar + hati pun panas . nak-nak pula tiap-tiap ari kena . adushh .

bila jiwa dah membara akibat kene leter dengan mak , mula la makhluk laknatullah ni datang nak menyalakan api kemarahan , malah menyemarakkan lagi . lepas tu mula la anak nak memberontak , melawan , merajuk dan seangkatan dengannya . mak nie kalau nak marah anak , mak cuma akan berleter jer . jarang dia nak bagi batang penyapu . sebab dia marah cuma kat mulut jer hati sayang . kalau dengan ayah memang dah lama kena , menjawab sepatah jer siap la , kena rotan . dushh !! ( bunyi cam kena tumbuk lak. =) )

tapi kalau dengan mak bukan main lagi si anak ni menjawab , tak cukup dengan tu siap memberontak ( hentak kaki , hempas pintu bilik dan lain-lain aksi ganas ) . ape la si anak ni , tau tak yang awak tu dah lukakan hati mak ! berdosa tau ! ok , cuba awak bagi nasihat kat adek awak supaya jangan malas, pastu adek awak melawan a.k.a menjawab . awak pun ape lagi cubit adek awak sambil berkata " berani kau lawan cakap aku , kau sedar tak aku ni sape ? abang/kakak kau . lebih tua daripada kau "
amboi, ada mak awak cakap dan buat gitu kat awak . tak de ? abis tu awak bukan main marah lagi yer . sakit hati ke ?
tepuk dada tanya diri sendiri la wahai anak-anak .

saya akan diam jer kalu mak saya berleter . sebab saya sayang mama saya . tak nak lukakan hati mama . ^_^