photo Untitled-6.gif

Monday, June 27, 2011

aku pun boleh saman kau ~

assalamualaikum.

dua bulan lepas, ayah aku accident dengan sebuah kereta Myvi kat traffic light. salah ayah aku, dia tak sempat brek pastu terlanggar bontot Myvi tu. so ayah aku slow talk dengan driver Myvi tu, masing-masing setuju nak settle dengan cara baik dan ayah aku bayar ganti rugi kat tuan Myvi tu. ingat benda tu dah selesai kat situ. semalam, tiba-tiba jer abang kepada tuan Myvi ni datang nak bagi surat saman kat ayah aku, tapi ayah aku tak de kat rumah masa tu. kebetulan, adik aku yang jumpa ngan laki ni. bila adik aku nak panggil aku, laki tu cakap nak datang esok (ahad). dia nak jumpa sendiri dengan ayah aku.
lepas ayah aku sampai rumah, adik aku bagi tahu la, ade laki nak bagi surat saman. besok dia datang lagi.
adik aku cakap nama dia nazri, so ayah aku teringat yang kes accident dengan Myvi tu. kenapa nak bagi surat saman, bukan benda tu dah kira settle. masing-masing setuju. mama aku marah giler kot, hati perut orang ni kita tak boleh percaya sangat, mulut cakap settle, lepas tu senyap-senyap pergi wat report polis, kalau nak saman tak payah la ayah aku kena bayar ganti rugi tu. kira settle ikut undang-undang terus la !
kerja nak menyusahkan orang je! geram ni !

pagi ahad, ayah aku pesan kat aku kunci gril, pintu, tutup semua tingkap. kalau ade orang laki datang tak payah buka pintu. ayah aku bimbang, aku dah la duduk sorang-sorang kat rumah, dah tu perempuan pula. aku ikut la semua arahan ayah aku tu. seharian aku duduk berkurung dalam rumah, lemas kot !
tingkap semua tutup, macam mana udara nak masuk.
dalam pukul 4.00 petang, sama macam waktu yang semalam, aku dengar ada orang laki bagi salam. aku jawab dalam hati je. banyak kali juga la dia bagi salam kat pintu depan (selama tu la aku jawab dalam hati je), lepas tu dia pergi pintu kat dapur pula dan bagi salam lagi. dah la mase tu aku tengah sedap tengok cerita 'nana tanjung', mesti dia dengar bunyi tv on ! aku dah berdebar giler, dah la sorang-sorang kat rumah. ayah aku nanti malam baru sampai rumah. kira-kira 10 minit lepas tu baru laki tu pergi. fuhh. lega hati !
tak sangka ayah aku balik awal, ayah aku tanya laki tu ada datang ke tak. aku cakap la ade tapi aku buat tak tahu je, duk diam-diam tengok tv. aku tak faham la, ape niat laki ni sebenarnya ? kalau benda dah diselesaikan cara baik kenapa nak saman-menyaman pula, dah la kejadian dua bulan lepas.

| p/s to that guy : kau ingat bontot kereta kau je yang kemek, kereta ayah aku pun masuk bengkel gak ! abis beratus nak baiki balik. memang la salah ayah aku, tapi kalau benda dah settle buat apa nak timbulkan masalah lagi. ape jenis manusia la kau ni, tak pegang pada janji langsung !
kalau kau nak sangat guna undang-undang, kita guna undang-undang. kalau kalah kat dunia pun, kat akhirat kau tak kan terlepas. ingat la, doa orang yang dizalimi mujarab. aku minta supaya Allah tunjukkan niat buruk kau tu. |

13 comments:

kjaharun said...

ishhh... gile laaaa!!
gile tamak Nazri tu... ade jgk org mcm tu kn...

baru la thu cerite.. kesian ayah awak :(

zaty said...

memang geram la dengan laki tu. besok kalu dia datang lagi, siap la!

Ini Kisah Tia said...

hoish macam tu pulak ? hampess betul ..

leya said...

tu nmenye berlagak...org dh bayar gnti rugi pn nk cri hal plak lgi nak perbesarkan hal ni..biarkan je die xde hak..bknnye kes lnggar lari pn..

zaty said...

ni la antara jns mnusia yg xblh tgk org senang, nk mnyusahkan org je keje dia . :(

alif haris said...

meh bwk sini si nazri begok tu ..

bia sy shot pale die gune styer 45mm..

ade akai taknak gune .. kn dah setel .. uhuhu ... TEremosi pulak ..huk3

ibnubaba_04 said...

bikin wa panas..klu aku..x cakap bnyak.. masuk mahkamah gusti dan bertampar tomoi je kat ctu

zaty said...

amboi. tu xde keje kita lak g cari keje. xpsl2 tdo lam lokap sbb xhormat mkamah. biar je kita ttp sbr, sbb kita xslh.
boooo si nazri !

ika said...

lek2...org kurang pendidikan sivik cmtu la...

Jangan Kalot said...

Bagi penampar jer.

blogwalking di sini jap.

| cik azeya | said...

eei. laki tu tak faham bahasa malaysia rasanye. mungkin patut masukkan die sekolah tadika dulu. ahah.

SweetLikeWhat said...

ish masuk rumah orang sampai ke belakang..gile kot..bahaya org camni..take care dear..huhu

zaty said...

tadi laki tu datang lagi. terkejut kot.