photo Untitled-6.gif

Thursday, June 23, 2011

kau tak setaraf !

“Siapa itu Kasim Selamat? Loyar? Majisterit?”
“Ahli muzik, mak…”
“Pantang keturunan aku ahli muzik!”

Dialog ini mungkin jarang kita dengar dalam kalangan masyarakat hari ini. Tetapi, tempiasnya dapat dirasakan terutamanya apabila ada rombongan membawa sireh pinang dan cincin sebentuk. Soalan yang sering ditanya kepada kepala rombongan… “dia kerja apa? kat mana?” dll.
Jarang yang ‘berani’ bertanya… “dia tahu sembahyang tak? puasa pernah tinggal? dah berapa kali khatam al-Quran?” dll. Percayalah, kalau ini yang ditanya, pasti merah padam anggota rombongan yang masuk meminang. Silap hari bulan, terus angkat punggung kerana menganggap soalan itu ‘menghina’ (???) si teruna.

nak baca lebih lanjut. tekan Dr.Hasanah

bila baca artikel kat atas baru faham makna sekufu. sekufu ni antara ciri untuk pilih pasangan yang islam nyatakan. ada yang salah faham pasal sekufu, mereka hanya memahami pasangan hidup itu harus setaraf dari segi harta dan pangkat. 
sekufu ni bukan sahaja dari segi harta, pendidikan tapi dari segi agama. 
akhlak pasangan juga termasuk dalam ciri sekufu.
jangan hanya kita memandang pangkat dan harta. tapi pandanglah akhlak, iman seseorang itu. nilailah dia berdasarkan agamanya, layakkah dia menjadi pasangan kita. begitu juga dengan kita. ^_^

No comments: