photo Untitled-6.gif

Wednesday, June 15, 2011

kawan makan kawan ~

sakit hati bila dapat tahu kawan kita sendiri cakap benda buruk pasal kita . ingatkan dia kawan kita dunia akhirat rupa-rupanya musuh dalam selimut ! 
nak cerita kat kawan yang lain takut mereka pula akan bawa mulut , lepas tu cakap benda buruk pula pasal dia . walaupun dia dah cakap bukan-bukan pasal kita kat orang lain tapi kita tak nak la berlaku perbalahan yang mungkin akan menyebabkan persahabatan tu akan hancur berkecai . berdosa memutuskan hubungan persaudaraan . dia tak fikir ke berdosa memburuk-burukkan saudara sendiri !
apa yang kita akan lakukan hanya menangis sorang diri , merintih pada Allah . T_T

tak semua orang yang berkawan dengan kita mempunyai niat yang baik . ada sesetengah kawan hanya mahu menumpang senang kita je . bila kita susah , mereka lari tinggalkan kita sorang diri . 
kita tak boleh nak baca isi hati kawan kita , sebab tu dalam berkawan ni kita perlu berhati-hati , jangan sampai memakan diri kita . tapi kita kena la ikhlas kan hati dalam berkawan , baru orang akan suka berkawan dengan kita dan tak sanggup nak buat jahat kat kita . jangan menyimpan dendam dalam persahabatan . biarkan apa yang telah berlaku sebagai pengajaran untuk kita lebih berwaspada dalam berkawan . dan pilihlah kawan yang boleh membawa kita ke arah kebaikan . ^^

No comments: