photo Untitled-6.gif

Sunday, June 5, 2011

marah mak marah sayang ~

haa,, assalamualaikum.. =D

mak ni insan yang paling suka membebel kat anak-anak dia . kalau yang malas-malas tu memang sedap la kena leter dengan mak yer . mak membebel bukan saja-saja nak suruh kering tekak dia tapi nak bagi nasihat kat anak dia . nak suruh anak dia tu jadi manusia yang berguna . paham-paham la bila mak dah mula berleter bukan seminit dua , bukan sepatah dua ayat yang keluar daripada mulut mak tu . kadang-kadang berjela-jela sampai penat kita ni sebagai pendengar + hati pun panas . nak-nak pula tiap-tiap ari kena . adushh .

bila jiwa dah membara akibat kene leter dengan mak , mula la makhluk laknatullah ni datang nak menyalakan api kemarahan , malah menyemarakkan lagi . lepas tu mula la anak nak memberontak , melawan , merajuk dan seangkatan dengannya . mak nie kalau nak marah anak , mak cuma akan berleter jer . jarang dia nak bagi batang penyapu . sebab dia marah cuma kat mulut jer hati sayang . kalau dengan ayah memang dah lama kena , menjawab sepatah jer siap la , kena rotan . dushh !! ( bunyi cam kena tumbuk lak. =) )

tapi kalau dengan mak bukan main lagi si anak ni menjawab , tak cukup dengan tu siap memberontak ( hentak kaki , hempas pintu bilik dan lain-lain aksi ganas ) . ape la si anak ni , tau tak yang awak tu dah lukakan hati mak ! berdosa tau ! ok , cuba awak bagi nasihat kat adek awak supaya jangan malas, pastu adek awak melawan a.k.a menjawab . awak pun ape lagi cubit adek awak sambil berkata " berani kau lawan cakap aku , kau sedar tak aku ni sape ? abang/kakak kau . lebih tua daripada kau "
amboi, ada mak awak cakap dan buat gitu kat awak . tak de ? abis tu awak bukan main marah lagi yer . sakit hati ke ?
tepuk dada tanya diri sendiri la wahai anak-anak .

saya akan diam jer kalu mak saya berleter . sebab saya sayang mama saya . tak nak lukakan hati mama . ^_^

1 comment:

zaty said...

sedih tau kalau anak melawan cakap mak ! hancur hati . T_T