photo Untitled-6.gif

Sunday, August 21, 2011

lampu lip lap rumah kau cantik !



jeles yang teramat bila tengok rumah orang lain terpampang lampu lip lap, dari jauh lagi aku boleh nampak, padahal kat sebelah rumah aku je. hahaha
tiap malam aku duk mengintai rumah sebelah.  (intai lampu lip lap bukan benda lain ok !)
masa aku tengah rajin tolong mama aku kat dapur tadi nak siapkan juadah berbuka, abang-abang aku duk bersemangat pasang lampu kelap kelip kat rumah tok aku. memang menjadi tradisi masyarakat melayu untuk hiaskan rumah dengan lampu lip lap ni, tapi tak perlu la tiap tahun nak membeli yang baru, guna yang tahun lepas pun boleh, itu pun kalau lampu lip lap tu masih boleh nyala la. tak nak pasang pun tak pe, ikut suka la ye. harap maklum.

bila nak dekat raya,bukan lampu lip lap ni je yang menghiasi rumah tapi pelita juga masih kita gunakan untuk menyerikan halaman rumah. terutama pada malam tujuh likur. pada malam ke-27 ramadhan ni masyarakat melayu akan memasang pelita atau panjut. tadi pun abang aku dah nak pasang pelita tapi minyak tanah abis.
abis kedai dia cari tapi tak jumpa. mungkin zaman P.Ramlee dulu kot yang banyak, sekarang susah sikit nak cari. ape ape pun terima kasih la buat abang long yang paling bersemangat nak raya. dia la yang paling rajin hias dan bersihkan rumah. maafkan adik mu yang teramat malas ni. esok aku tolong tengok kau basuh langsir ok. peace !

Friday, August 19, 2011

tajuk atau isi berita lebih penting ?

Situasi sebenar : Seorang nenek pergi beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.


Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

MalaysiaKini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Ibrahim Ali -"Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gengster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."


Onion Emoticon Set
gambar ekslusif Hantu Ubi!






*jauh benar beza cerita dengan tajuk akhbar dan berita. hahahahaaha

Wednesday, August 17, 2011

penyalahgunaan button 'LIKE' FB

jangan tiru aksi ini. 
status puji diri sendiri.

kawan aku punya.
memang dia baik la sangat.haha

bulan puasa ni tak nak la cerita benda buruk apatah lagi mengata orang. tapi terpaksa tegur dengan perangai sesetengah orang ni yang boleh dikategorikan sebagai tak tahu malu dan terlampau perasan. entri ni ditujukan khas untuk kawan kawan facebook yang suka sangat duk buat status " sape rase saya 'cute'. sila like" dan "sape rase saya 'baik'. sila like". kalau setakat post kat status sendiri tak pe la, ni dia pergi post kat wall kita, suruh pergi like status dia. please. kau ni jenis yang gila glamour ke. grrr  =,=
Onion Icons
"saya cute, awak hodoh. sila like."
memang nak makan penampar je orang yg buat status lagu ni. hahaha
bukan kata kita ni jeles ke ape tapi tak suka la dengan perangai yang gedik tak bertempat macam tu. terutama pada perempuan perempuan, tak payah la duk cari publisiti ciput macam tu. tak laku ok. ape faedahnya pergi wall orang suruh like status hang yang nak mencapap tu. buat malu je. lepas tu, berjela jela la komen menyampah orang lain tujukan khas buat hang. kalau hang post status pasal tazkirah ramadhan dapat la juga pahala dan 1000 kawan hang 'like' status hang.
MSN Onion Icons
bila ada 1001 orang like kau punya satus, macam ni la  riaksi kau.
tersangat lah speechless!

walau baik macam mana pun kita, tak payah la nak buat status giler glamour macam tu, tak comel ok. seeloknya kekalkan sifat bersederhana dan tawaduk dalam kehidupan kita ni, terutama di bulan Ramadhan ni. maaf dipinta jika entri ni membangkitkan rasa tak puas hati mana mana pihak yang suka mencapap.
saje je entri ni, nak perli kawan aku yang buat status gitu. sorry beb.
* mencapap = mencari publisiti murah. 
MSN Onion Emoticons
kau nak glamour kan, aku bagi kau glamour kat blog aku.
AHAHAHAHAHAHA.

Tuesday, August 16, 2011

Ihya Ramadhan

alhamdulillah, kita dah pun melalui separuh ramadhan. 
solat sunat witir semalam pun dah baca doa qunut. 
tapi semalam masa solat terawih, surau tak penuh macam malam malam awal ramadhan.
sepatutnya bila dah masuk pertengahan ramadhan, jemaah kat surau makin bertambah bukan berkurang. 
mana perginya remaja remaja lelaki dan perempuan kita? duk rumah layan cerita Supermak ? atau kat pasar borong wakaf che yeh, duk sibuk cari barang nak raya? 
tak salah kalau nak cari barang untuk persiapan lebaran tapi janganlah sampai mempersia siakan kesempatan kita untuk menghidupkan malam ramadhan pada ramadhan kali ini. 
ada juga remaja kita rancak duk ber facebook tak kira waktu, dari bersahur sampai berbuka dan dari berbuka hingga bersahur. bila masa pula kita nak beribadat? bukan apa, cuma sekadar nak mengingatkan sesama saudara seIslam. 

terutama bagi kaum lelaki, latih la diri awak awak semua untuk mendekati Allah, sentiasa merajinkan diri untuk ke rumah Allah, menunaikan solat 5 waktu secara berjemaah, dan solat sunat terawih terutamanya di bulan Ramadhan ini. Ini lah antara ciri ciri lelaki yang ingin dijadikan calon menantu oleh pak cik, mak cik. kalau boleh, kita kaum perempuan pun nak cari laki yang selalu mendekatkan diri dengan Allah. 
tapi bagi yang perempuan pula, kalau tak ade keuzuran, kita pun digalakkan untuk ke surau dan masjid yang berdekatan, solat sunat terawih ni bukan boleh jumpa tiap tiap bulan, eksklusif  hanya pada bulan Ramadhan. Jom sama sama kita hidupkan malam Ramadhan. 
calon menantu mak .

Wednesday, August 10, 2011

aduan si rakyat

بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum.

 tadi tok imam buat announcement " pihak polis dah panggil tok imam seluruh kota bharu ni, untuk berkerjasama dalam membanteras kejadian curi motor dan pecahkan cermin kereta kat kawasan surau masa terawih. selain tu, polis juga akan tangkap budak budak yang main mercun kat kawasan surau, mak ayah diorang pun polis angkut sekali pergi balai. denda RM800."
MSN Onion Emoticons
padan muka.  lain kali jangan wat jahat kat kawasan surau/masjid. ahahaha
aku yang mendengar ni senyum sampai ke telinga, rase macam nak bersorak. ahahaha
sayang giler la aku kat pihak polis. insyallah mak cik, pak cik dan jemaah surau dapat solat terawih dengan tenang. baru padan dengan muka budak budak tu, kalau setakat bagi warning je tak jalan, sekarang pihak polis akan ambil tindakan yang teramat tegas. aku sokong 100%. kepada mak ayah tu kalau tak nak botak kepala, sila nasihat la anak anak supaya jangan main mercun. kalau kena denda RM800 tu memang sodap la, tak beraya la tahun ni. =)
tak sangka entri aku sebelum ni di ambil perhatian oleh pihak berwajib.terharu. aku jadi macam aduan rakyat lak.ahahaha
Onion Icons
gembiranya aku. lalalala~
aku melaporkan dari blog aku sendiri. ahahaha
sekian. 

Monday, August 8, 2011

dugaan bulan puasa.

assalamualaikum.

alhamdulillah, dah seminggu kita menjalani ibadah puasa. jangan ada yang ponteng puasa dah la. bukan senang nak berjumpa dengan bulan Ramadhan ni, kita pun tak tahu tahun depan sempat lagi ke tak untuk kita bertemu dengan Ramadhan lagi. bulan puasa ni pun macam macam ragam orang ada, bukan ke bulan puasa ni syaitan diikat, tapi kenapa masih ade orang yang melakukan perkara terlarang. tiap tiap hari ade je berita pasal orang islam tak berpuasa di siang hari, terutama kepada golongan lelaki. kalau dah puasa pun tak, agak agaknya kewajipan lain macam solat lima waktu tu macam mana lah ye? hanya Allah yang Maha Mengetahui.
MSN Onion Emoticons
hormatilah bulan puasa. takut nanti buat malu je, kalu mati tercekik sebab tak puasa  di siang hari. 
tak puasa tu satu hal, malam hari pula buat kerja tak berfaedah. sedang orang islam menunaikan solat sunat terawih, mereka ini pun memulakan aktiviti di jalanan. merempit. paling menyampah sekali diorang pakai pakaian kebangsaan. baju melayu. konon kononya nak pergi surau. dah la tipu mak ayah, buat pula kerja yang tak mendatangkan manfaat tu. apa nak jadi dengan remaja kita sekarang ? nak rasa tak de kaki dulu ke baru nak insaf. 
MSN Onion Emoticons
kalau jadi macam gini, tobat. diorang dah tak nak merempit lagi !

budak budak pula pergi ke surau tapi bukan solat terawih tapi main mercun. orang yang tengah solat tu kur semangat. nak nya kalau orang yang tengah solat tu ade lemah jantung ke, kan ke susah. jaga la kelakuan tu, kesian kat pak cik dan mak cik yang kat dalam surau tu, asyik terkejut jer dengar bunyi b00m, mercun meletup, nak solat pun tak khusyuk.
kalau adik aku, memang lama dah aku piat piat telinga tu, kalau tak nak solat, jangan datang surau.geram betul.ni la ujian, kena banyak bersabar. nak pesan kat mak ayah budak budak yang teramat nakal ni supaya jaga anak tu baik baik, kawal mereka sikit. seeloknya kalau diorang buat perangai, jangan bawa datang kat surau. 
MSN Onion Emoticon Set
jangan main mercun kat kawasan surau !
budak budak ni memang tak serik kot main mercun, padahal kat kampung aku dah ade sorang budak yang hancur 3 jari sebab main mercun, siap masuk berita lagi. mangsa mercun yang pertama tahun ni. 
akhir kata dari aku, hormatilah bulan yang mulia ini. perbanyakkan amal ibadat dan tinggalkan perkara terlarang. 
Onion Icons
jangan duk korek idung time puasa, batal puasa ko !
sekian

Thursday, August 4, 2011

Ini KisahKu

assalamualaikum.
selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

tersentuh hati bila tengok rancangan Ini Kisahku kat TV9 masa nak siapkan juadah berbuka petang tadi. kisah Catriona Ross yang dah banyak berubah menjadi seorang yang lebih baik. alhamdulillah.
cerita Cat memang menyentuh hati, terutama sekali pasal bagaimana dia boleh terbuka hati untuk berhijab dan berhijrah untuk menjadi seorang yang lebih baik. syukur tak terhingga, Allah memberikan hidayah untuk dia berubah dan memperbaiki kesilapannya. 
setiap rabu, 6.30 ptg di TV9
bertuah seseorang hamba itu jika dia menyesali akan segala perbuatannya yang salah walau sekecil mana pun kesalahannya itu. tetapi alangkah rugi jika seseorang muslim itu tidak merasa berdosa dengan kesalahan yang dilakukannya, apakah masih ada iman dalam hatinya ? hanya Allah yang Maha Mengetahui. semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah dalam hidup kita agar kita tidak terpesong dari landasan yang benar. InsyaAllah.

alhamdulillah, syukur. kerana kita telah berjaya mengharungi ibadah puasa selama tiga hari. ustaz saya pernah bagi tahu yang dalam bulan Ramadhan ini, Allah mempercepatkan masa, sehingga kita sendiri tidak sedar. subhanallah. begitu mulianya bulan ini, bulan yang penuh keberkatan. sebagai muslim yang beriman, marilah sama sama kita manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan melakukan kebaikan dan memperbanyakkan amal ibadat. moga moga ibadah kita diterima Allah. amin.