photo Untitled-6.gif

Monday, August 8, 2011

dugaan bulan puasa.

assalamualaikum.

alhamdulillah, dah seminggu kita menjalani ibadah puasa. jangan ada yang ponteng puasa dah la. bukan senang nak berjumpa dengan bulan Ramadhan ni, kita pun tak tahu tahun depan sempat lagi ke tak untuk kita bertemu dengan Ramadhan lagi. bulan puasa ni pun macam macam ragam orang ada, bukan ke bulan puasa ni syaitan diikat, tapi kenapa masih ade orang yang melakukan perkara terlarang. tiap tiap hari ade je berita pasal orang islam tak berpuasa di siang hari, terutama kepada golongan lelaki. kalau dah puasa pun tak, agak agaknya kewajipan lain macam solat lima waktu tu macam mana lah ye? hanya Allah yang Maha Mengetahui.
MSN Onion Emoticons
hormatilah bulan puasa. takut nanti buat malu je, kalu mati tercekik sebab tak puasa  di siang hari. 
tak puasa tu satu hal, malam hari pula buat kerja tak berfaedah. sedang orang islam menunaikan solat sunat terawih, mereka ini pun memulakan aktiviti di jalanan. merempit. paling menyampah sekali diorang pakai pakaian kebangsaan. baju melayu. konon kononya nak pergi surau. dah la tipu mak ayah, buat pula kerja yang tak mendatangkan manfaat tu. apa nak jadi dengan remaja kita sekarang ? nak rasa tak de kaki dulu ke baru nak insaf. 
MSN Onion Emoticons
kalau jadi macam gini, tobat. diorang dah tak nak merempit lagi !

budak budak pula pergi ke surau tapi bukan solat terawih tapi main mercun. orang yang tengah solat tu kur semangat. nak nya kalau orang yang tengah solat tu ade lemah jantung ke, kan ke susah. jaga la kelakuan tu, kesian kat pak cik dan mak cik yang kat dalam surau tu, asyik terkejut jer dengar bunyi b00m, mercun meletup, nak solat pun tak khusyuk.
kalau adik aku, memang lama dah aku piat piat telinga tu, kalau tak nak solat, jangan datang surau.geram betul.ni la ujian, kena banyak bersabar. nak pesan kat mak ayah budak budak yang teramat nakal ni supaya jaga anak tu baik baik, kawal mereka sikit. seeloknya kalau diorang buat perangai, jangan bawa datang kat surau. 
MSN Onion Emoticon Set
jangan main mercun kat kawasan surau !
budak budak ni memang tak serik kot main mercun, padahal kat kampung aku dah ade sorang budak yang hancur 3 jari sebab main mercun, siap masuk berita lagi. mangsa mercun yang pertama tahun ni. 
akhir kata dari aku, hormatilah bulan yang mulia ini. perbanyakkan amal ibadat dan tinggalkan perkara terlarang. 
Onion Icons
jangan duk korek idung time puasa, batal puasa ko !
sekian

4 comments:

cik pha said...

HAHHAHAA y last tu xleh blah aaaa

zaty said...

takot ade yg 'ter' buat benda tu je.haha

sifu im said...

merempit tym terawih??xcident tym tu baru tau

muhamad hanif said...

nama pun budak kan,


dorang biasa sediakn payung selepas hujan je..




AHAHAHAHHAHA