photo Untitled-6.gif

Tuesday, August 16, 2011

Ihya Ramadhan

alhamdulillah, kita dah pun melalui separuh ramadhan. 
solat sunat witir semalam pun dah baca doa qunut. 
tapi semalam masa solat terawih, surau tak penuh macam malam malam awal ramadhan.
sepatutnya bila dah masuk pertengahan ramadhan, jemaah kat surau makin bertambah bukan berkurang. 
mana perginya remaja remaja lelaki dan perempuan kita? duk rumah layan cerita Supermak ? atau kat pasar borong wakaf che yeh, duk sibuk cari barang nak raya? 
tak salah kalau nak cari barang untuk persiapan lebaran tapi janganlah sampai mempersia siakan kesempatan kita untuk menghidupkan malam ramadhan pada ramadhan kali ini. 
ada juga remaja kita rancak duk ber facebook tak kira waktu, dari bersahur sampai berbuka dan dari berbuka hingga bersahur. bila masa pula kita nak beribadat? bukan apa, cuma sekadar nak mengingatkan sesama saudara seIslam. 

terutama bagi kaum lelaki, latih la diri awak awak semua untuk mendekati Allah, sentiasa merajinkan diri untuk ke rumah Allah, menunaikan solat 5 waktu secara berjemaah, dan solat sunat terawih terutamanya di bulan Ramadhan ini. Ini lah antara ciri ciri lelaki yang ingin dijadikan calon menantu oleh pak cik, mak cik. kalau boleh, kita kaum perempuan pun nak cari laki yang selalu mendekatkan diri dengan Allah. 
tapi bagi yang perempuan pula, kalau tak ade keuzuran, kita pun digalakkan untuk ke surau dan masjid yang berdekatan, solat sunat terawih ni bukan boleh jumpa tiap tiap bulan, eksklusif  hanya pada bulan Ramadhan. Jom sama sama kita hidupkan malam Ramadhan. 
calon menantu mak .

2 comments:

cik pha said...

tak pelik kakti.mugo pakak mals..mulo2 jah semngat.

zaty said...

mok cik nga pok cik hok sakit lutut jah xputus smangat.