photo Untitled-6.gif

Thursday, August 4, 2011

Ini KisahKu

assalamualaikum.
selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

tersentuh hati bila tengok rancangan Ini Kisahku kat TV9 masa nak siapkan juadah berbuka petang tadi. kisah Catriona Ross yang dah banyak berubah menjadi seorang yang lebih baik. alhamdulillah.
cerita Cat memang menyentuh hati, terutama sekali pasal bagaimana dia boleh terbuka hati untuk berhijab dan berhijrah untuk menjadi seorang yang lebih baik. syukur tak terhingga, Allah memberikan hidayah untuk dia berubah dan memperbaiki kesilapannya. 
setiap rabu, 6.30 ptg di TV9
bertuah seseorang hamba itu jika dia menyesali akan segala perbuatannya yang salah walau sekecil mana pun kesalahannya itu. tetapi alangkah rugi jika seseorang muslim itu tidak merasa berdosa dengan kesalahan yang dilakukannya, apakah masih ada iman dalam hatinya ? hanya Allah yang Maha Mengetahui. semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah dalam hidup kita agar kita tidak terpesong dari landasan yang benar. InsyaAllah.

alhamdulillah, syukur. kerana kita telah berjaya mengharungi ibadah puasa selama tiga hari. ustaz saya pernah bagi tahu yang dalam bulan Ramadhan ini, Allah mempercepatkan masa, sehingga kita sendiri tidak sedar. subhanallah. begitu mulianya bulan ini, bulan yang penuh keberkatan. sebagai muslim yang beriman, marilah sama sama kita manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan melakukan kebaikan dan memperbanyakkan amal ibadat. moga moga ibadah kita diterima Allah. amin.

2 comments:

sifu im said...

betul tu..sedar x sedar nk nk masuk puasa ke 6

zaty said...

tu la, cepat masa berlalu. :)