photo Untitled-6.gif

Sunday, August 21, 2011

lampu lip lap rumah kau cantik !



jeles yang teramat bila tengok rumah orang lain terpampang lampu lip lap, dari jauh lagi aku boleh nampak, padahal kat sebelah rumah aku je. hahaha
tiap malam aku duk mengintai rumah sebelah.  (intai lampu lip lap bukan benda lain ok !)
masa aku tengah rajin tolong mama aku kat dapur tadi nak siapkan juadah berbuka, abang-abang aku duk bersemangat pasang lampu kelap kelip kat rumah tok aku. memang menjadi tradisi masyarakat melayu untuk hiaskan rumah dengan lampu lip lap ni, tapi tak perlu la tiap tahun nak membeli yang baru, guna yang tahun lepas pun boleh, itu pun kalau lampu lip lap tu masih boleh nyala la. tak nak pasang pun tak pe, ikut suka la ye. harap maklum.

bila nak dekat raya,bukan lampu lip lap ni je yang menghiasi rumah tapi pelita juga masih kita gunakan untuk menyerikan halaman rumah. terutama pada malam tujuh likur. pada malam ke-27 ramadhan ni masyarakat melayu akan memasang pelita atau panjut. tadi pun abang aku dah nak pasang pelita tapi minyak tanah abis.
abis kedai dia cari tapi tak jumpa. mungkin zaman P.Ramlee dulu kot yang banyak, sekarang susah sikit nak cari. ape ape pun terima kasih la buat abang long yang paling bersemangat nak raya. dia la yang paling rajin hias dan bersihkan rumah. maafkan adik mu yang teramat malas ni. esok aku tolong tengok kau basuh langsir ok. peace !

1 comment:

Aisyah Aina said...

tahun ni tak pasang pun lampu lip lap ;)