photo Untitled-6.gif

Sunday, November 18, 2012

Harapan si Ibu buat si anak

apa perasaan kita bila kita menjadi harapan mak ayah? bangga atau dalam dilema.
sebagai seorang anak mesti kita nak gembirakan mak ayah kita, nak balas jasa mereka yang bersusah payah membesarkan kita sehingga kita bejaya melangkah ke alam universiti. Tanggungjawab yang kita pikul sebagai seorang pelajar, anak dan hamba Allah wajib kita laksanakan. ikhlaskan niat kita semasa belajar untuk menuntut ilmu kerana Allah, insyaAllah ganjaran kejayaan menuggu kita di masa hadapan. 
terkadang kita penat, kita berasa tertekan dan terbeban bila mak ayah meletakkan harapan yang tinggi menggunung kepada kita dan kita juga perlu menjadi ikon yang baik untuk adik-adik dibawah kita. 
perasaan bimbang terbit dalam hati kita, adakah kita mampu untuk merealisasikan impian keluarga? bagaimana jika kita jatuh? akan hancurkah hati mereka disebabkan kita?
Ya Allah kurniakan lah sedikit kekuatan kepada diri ku yang lemah ini, agar aku terus berusaha dan berusaha sehingga aku mampu membahagiakan ibu bapa ku, kerana aku tidak dapat membalas jasa mereka yang begitu besar kepada ku tetapi sekurang-kurangnya aku mampu menjadi anak yang membuat ibu bapa ku tersenyum bahagia. 

Aku tidak setuju dengan sesetengah pelajar yang meminta izin untuk bertunang disaat mereka masih belajar, aku tidak menghalang mereka untuk bertunang mahupun bernikah, tapi aku agak terkilan jika jiwa dan harapan kedua ibu bapa terhadap anak retak dek kerana anak lebih mementingkan perasaan sendiri dari perasaan mak ayah dia sendiri. terutamanya anak lelaki, adakah si anak sudah bersedia menjadi suami? sudahkah dia berkemampuan? bagaimana pula tanggungjawab dia kepada ibu bapanya nanti di saat dia sudah berkeluarga? jika sudah mempunyai anak, adakah dia akan meminta ibunya untuk menjaga anaknya? wahai anak, ibu mu itu sudah tua, dia ingin berehat setelah berhempas pulas selama puluhan tahun berkerja untuk membesarkan anak-anaknya, dan tegar si anak meminta ibunya menjaga cucu pula. itukah cara kamu menghargai jasa dan pengorbanan ibu mu?? aku tak sanggup melihat seorang anak memperlakukan ibunya sebegitu rupa, itu penting diri sendiri namanya!!
**sekedar rintihan jauh di lubuk hati seorang anak.**

Thursday, March 8, 2012

sihatsakit

Bismillah..

Antara satu nikmat yang tak terhingga Allah berikan untuk kita ialah nikmat sihat.
bila sihat boleh hang out dengan kawan, pergi kelas dan study sama sama.
but what happen klu kita jatuh sakit? boleh tak kita nak buat semua tu? 

Dear my friend, 

Please bersabar dengan ujian Allah ni. And i'm really really sorry tau cause i baru tahu yang kamu jatuh sakit. patutlah i dah lama tak nampak kamu. Kitorang kat usim ni sentiasa doakan kamu, mungkin Allah lebih sayangkan kamu dan Dia nak uji kamu dengan penyakit kamu tu. Sentiasa ingat padaNya dan anggaplah sakit kamu ni sebagai penghapus dosa dosa kamu. Akhir kata, rajin makan ubat, insyaAllah cepat sembuh. Jangan degil tau! 

Salam sayang dpd sahabat-sahabat mu di usim. 

Sakit sebagai penghapus dosa 
* sabda Rasullullah s.a.w : "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." HR. Bukhari & Muslim.*

please be strong my friend !

Saturday, February 25, 2012

Drama semata

terima kasih tau sebab sudi bagi cinta kau kat aku.
memang dah lame aku minat kat kau. tiap-tiap hari aku usha kau kat kelas kau. aku sengaja cari excuse nak keluar jap dari kelas tutorial semata nak usha kau tengah buat ape dalam kelas. kadang-kadang aku curi join kuliah kau. aku selalu tengok kau kusyuk buat note. tulisan kau lawa dowh. tulisan aku pun ape kurangnya. aku tau kau ramai peminat, semua orang nak jadi orang spesial kau. tapi kau tak layan.. ermm...maybe kau memang nak simpan position tu untuk aku sorang je. *terharu siot.. waktu rehat, aku ikot kau pergi kafe. kau suka amik lauk ayam masak lomak cili api dengan tempe goreng, tapi aku tak suka tempe, aku pun tak suka makanan pedas. pernah sekali aku try makan, aku sakit perut kot. foodshock! tetiba aku makan pedas + tempe. lepas ko habis makan nasi tu, boleh lak ko jilat satu per satu jari ko. aku pon terkejut. berselera betol kau makan. bile time weekend, aku rase macam tak tentu arah, nak duduk pun tak senang. 2 hari aku tak boleh jumpa kau. nak nk usha FB kau tp aku tak tahu ape FB kau. puas gak aku search, google, try email tapi tak dapat dikenal pasti. frust beb.

satu hari, aku gi keluar jalan kat mall. malang nasib aku, beg aku kena ragut. aku kena tolak sampai jatuh. tapi serious aku tak buat ape-ape. aku terkejut. dalam sekelip mata kot. lama aku terduduk kat situ. semua orang pandang aku. macam peminta sedekah kot aku time tu. datang sorang guard tanya ape masalah aku? tiba-tiba aku nangis macam budak kecik hilang mak ayah. puas dia pujuk aku. semua orang yang lalu lalang kat situ pikir guard tu ade ape-apekan aku sebab tu aku nangis. dia papah aku bawa pergi satu kedai. kedai baju. dia mintak tolong sorang akak dalam kedai tu supaya tenangkan aku. tanya ape masalah aku. akak tu bagi aku minum air yang dah guard tu bacakan ayat Quran. aku minum, dah rasa lebih tenang. aku cerita la yang beg aku kena ragut. aku nangis sebab dalam beg tu ade barang yang paling bernilai. macam nyawa aku. bila dah ok aku minta izin nak balik. aku guna phone akak tu untuk call abang aku, naseb baik ade rakyat Malaysia yang baik hati macam akak and...... pak guard tadi. 

aku tunggu kat pintu utama mall tu, senang sikit abang aku cari. "Lina!" terdengar suara lelaki panggil aku. aku tengok guard tadi lari ke arah aku. dia pegang 'barang' bernilai aku!!! dengan excited aku melompat nak amik dari dia tapi lain pulak yang jadi. kaki aku terpeleot dan guard tu sambut aku. lama kot scene tu. aku pun tatap la muka dia. macam kenal guard ni. errrr "DIA!"...... sambung sendiri la crita ni, aku dh rase menyampah tetiba........hahaha

teruk !

seriously, aku agak kurang paham la dengan orang yang tak boleh terima pendapat orang ni. agak tension gak la. bila time dia bagi opinion kita je yang kena tadah telinga dan WAJIB ikut * macam kerbau kena cucuk kat lubang hidung *
Crazy Rabbit Emoticon
ko mesti ikut cakap aku.. kalau tak aku bunuh ko!
boleh tak cuba ubah perangai tu. sedar la yang semua orang kat sekeliling kau tu panas hati dah dengan sikap kau yang tak boleh diajar. depan orang ramai kau boleh tengking kawan kau mentah-mentah, tolong la jaga air muka kawan kau. aku yang tengok pon sakit hati. geram nak tembak ! aku tembak hang! aku tembak hang!

at least, consider la orang lain pun ade pendapat sendiri. tak payah la nak tunjuk perangai 'cantik' kau depan kalayak. kalau tak puas hati, kau pergi tengking kerbau. belum sempat tengking, kerbau tu dah tanduk kau dulu. untung la kau, femes masuk paper. 
Berita Hari-Hari - 'Gara-gara menengking kawan, ditanduk kerbau'

p/s: anyone has the right to give opinions. ok!


Monday, January 9, 2012

otak overload .

Crazy Rabbit Icon
penat, penat sangat, penat sangat-sangat!


baru je habiskan sebuah buku titas tu dah terasa penat, malas dah nak belajar. 
bila teringatkan mama dan baba semua penat tu hilang.
mama pesan, "belajar kat universiti tu niat kena betul - untuk belajar kerana Allah!" 
hari tu mase study week ramai kawan yang balik kampung, tinggal je aku sorang-sorang kat bilik.
tension + jelous + menyampah bila tengok ramai yang beria balik umah. 
aku lak terpaksa stay kat hostel study! lebih baik aku siapkan tugas aku dulu kat U ni before aku balik umah.


p/s: sokey, boleh la aku jadi queen kat hostel..ahahaha