photo Untitled-6.gif

Saturday, February 25, 2012

Drama semata

terima kasih tau sebab sudi bagi cinta kau kat aku.
memang dah lame aku minat kat kau. tiap-tiap hari aku usha kau kat kelas kau. aku sengaja cari excuse nak keluar jap dari kelas tutorial semata nak usha kau tengah buat ape dalam kelas. kadang-kadang aku curi join kuliah kau. aku selalu tengok kau kusyuk buat note. tulisan kau lawa dowh. tulisan aku pun ape kurangnya. aku tau kau ramai peminat, semua orang nak jadi orang spesial kau. tapi kau tak layan.. ermm...maybe kau memang nak simpan position tu untuk aku sorang je. *terharu siot.. waktu rehat, aku ikot kau pergi kafe. kau suka amik lauk ayam masak lomak cili api dengan tempe goreng, tapi aku tak suka tempe, aku pun tak suka makanan pedas. pernah sekali aku try makan, aku sakit perut kot. foodshock! tetiba aku makan pedas + tempe. lepas ko habis makan nasi tu, boleh lak ko jilat satu per satu jari ko. aku pon terkejut. berselera betol kau makan. bile time weekend, aku rase macam tak tentu arah, nak duduk pun tak senang. 2 hari aku tak boleh jumpa kau. nak nk usha FB kau tp aku tak tahu ape FB kau. puas gak aku search, google, try email tapi tak dapat dikenal pasti. frust beb.

satu hari, aku gi keluar jalan kat mall. malang nasib aku, beg aku kena ragut. aku kena tolak sampai jatuh. tapi serious aku tak buat ape-ape. aku terkejut. dalam sekelip mata kot. lama aku terduduk kat situ. semua orang pandang aku. macam peminta sedekah kot aku time tu. datang sorang guard tanya ape masalah aku? tiba-tiba aku nangis macam budak kecik hilang mak ayah. puas dia pujuk aku. semua orang yang lalu lalang kat situ pikir guard tu ade ape-apekan aku sebab tu aku nangis. dia papah aku bawa pergi satu kedai. kedai baju. dia mintak tolong sorang akak dalam kedai tu supaya tenangkan aku. tanya ape masalah aku. akak tu bagi aku minum air yang dah guard tu bacakan ayat Quran. aku minum, dah rasa lebih tenang. aku cerita la yang beg aku kena ragut. aku nangis sebab dalam beg tu ade barang yang paling bernilai. macam nyawa aku. bila dah ok aku minta izin nak balik. aku guna phone akak tu untuk call abang aku, naseb baik ade rakyat Malaysia yang baik hati macam akak and...... pak guard tadi. 

aku tunggu kat pintu utama mall tu, senang sikit abang aku cari. "Lina!" terdengar suara lelaki panggil aku. aku tengok guard tadi lari ke arah aku. dia pegang 'barang' bernilai aku!!! dengan excited aku melompat nak amik dari dia tapi lain pulak yang jadi. kaki aku terpeleot dan guard tu sambut aku. lama kot scene tu. aku pun tatap la muka dia. macam kenal guard ni. errrr "DIA!"...... sambung sendiri la crita ni, aku dh rase menyampah tetiba........hahaha

No comments: