photo Untitled-6.gif

Sunday, November 18, 2012

Harapan si Ibu buat si anak

apa perasaan kita bila kita menjadi harapan mak ayah? bangga atau dalam dilema.
sebagai seorang anak mesti kita nak gembirakan mak ayah kita, nak balas jasa mereka yang bersusah payah membesarkan kita sehingga kita bejaya melangkah ke alam universiti. Tanggungjawab yang kita pikul sebagai seorang pelajar, anak dan hamba Allah wajib kita laksanakan. ikhlaskan niat kita semasa belajar untuk menuntut ilmu kerana Allah, insyaAllah ganjaran kejayaan menuggu kita di masa hadapan. 
terkadang kita penat, kita berasa tertekan dan terbeban bila mak ayah meletakkan harapan yang tinggi menggunung kepada kita dan kita juga perlu menjadi ikon yang baik untuk adik-adik dibawah kita. 
perasaan bimbang terbit dalam hati kita, adakah kita mampu untuk merealisasikan impian keluarga? bagaimana jika kita jatuh? akan hancurkah hati mereka disebabkan kita?
Ya Allah kurniakan lah sedikit kekuatan kepada diri ku yang lemah ini, agar aku terus berusaha dan berusaha sehingga aku mampu membahagiakan ibu bapa ku, kerana aku tidak dapat membalas jasa mereka yang begitu besar kepada ku tetapi sekurang-kurangnya aku mampu menjadi anak yang membuat ibu bapa ku tersenyum bahagia. 

Aku tidak setuju dengan sesetengah pelajar yang meminta izin untuk bertunang disaat mereka masih belajar, aku tidak menghalang mereka untuk bertunang mahupun bernikah, tapi aku agak terkilan jika jiwa dan harapan kedua ibu bapa terhadap anak retak dek kerana anak lebih mementingkan perasaan sendiri dari perasaan mak ayah dia sendiri. terutamanya anak lelaki, adakah si anak sudah bersedia menjadi suami? sudahkah dia berkemampuan? bagaimana pula tanggungjawab dia kepada ibu bapanya nanti di saat dia sudah berkeluarga? jika sudah mempunyai anak, adakah dia akan meminta ibunya untuk menjaga anaknya? wahai anak, ibu mu itu sudah tua, dia ingin berehat setelah berhempas pulas selama puluhan tahun berkerja untuk membesarkan anak-anaknya, dan tegar si anak meminta ibunya menjaga cucu pula. itukah cara kamu menghargai jasa dan pengorbanan ibu mu?? aku tak sanggup melihat seorang anak memperlakukan ibunya sebegitu rupa, itu penting diri sendiri namanya!!
**sekedar rintihan jauh di lubuk hati seorang anak.**

No comments: