photo Untitled-6.gif

Wednesday, April 3, 2013

rahsia, hak individu

ada beza antara perlu tahu dan juga sibuk nak tahu.. perlu tahu ni merupakan keperluan untuk kita tahu tapi sibuk nak tahu ni dah macam nak menjaga tepi kain orang..

dah namanya rahsia buat ape kita perlu tahu? rahsia maknanya benda yang tak boleh diketahui orang tak kira la orang tu tua atau muda, kaya atau miskin, status mahupun pangkat.. tak bermakna kita berkawan rapat tahap mana pun kalau dah kawan baik kita tu tak mahu nak cerita rahsia dia biaq pi la, hak dia, kita patut hormat keputusan dia bukan duk sibuk korek rahsia dia. 

makan hati jugak la, orang depan belakang kiri kanan aku duk kata aku ni jenis kawan baik apa sebab tak nak amek tau pasal rahsia kawan.. aku bukan tak mau amek tau, tapi aku beri ruang untuk kawan aku tu punya hak privacy, dia nak cerita silakan tak nak aku pun tak kesah.. tak macam sesetengah pompuan kalau BFF mesti kena cerita setiap detail kat dia, macam dia pula yang berhak ke atas BFF dia, padahal BFF dia tu ada mak bapak lagi.. pastu kalu tak cerita mula la nak masam muka, merajuk.. sakit pulak hati kite ni..

hormati hak peribadi kawan anda, sebab anda pun nak hak privacy anda tak dikacau daun oleh sesiapa.. 

No comments: