photo Untitled-6.gif

Thursday, January 1, 2015

Kematangan Diri

Bismillah.

Terdetik rasa rindu nak menaip. Kita sibuk la, sibuk dengan urusan dunia seiring nak kejar akhirat. 2015, banyak cabaran dan liku kehidupan yang tengah menunggu. Dunia belajar di universiti menghampiri penghujungnya, industri pula sedang menanti. Masing-masing akan bawa haluan hidup yang berbeza. Memulakan hidup sebagai orang dewasa. Sekarang masa belajar komitmen hanya sebagai pelajar, ya masih ada masa untuk seronok-seronok. Tapi bila dah bergelar pekerja ni, masa mestilah kita banyak habiskan di tempat kerja.

Nukilan sedakar ingatan untuk diri sendiri, bekerja biarlah dengan ikhlas, lakukan kerja dengan penuh rasa tanggungjawab. Merendah diri tak salah kerana kita budak yang baru nak hidup sendiri, cari rezeki sendiri, bina kerjaya dan keluarga sendiri. Bila dah bergelar dewasa, keputusan yang kita buat pun mestilah menunjukkan kematangan kita. Tunjuk ciri seorang graduan yang boleh menyumbang ke arah pembangunan bukan berlagak sombong hanya dengan segulung ijazah.

Selangkah kearah impian sendiri untuk menjadi auditor, ya walaupun masih jauh perjalanan tapi bagi setiap pengalaman yang akan dilalui itulah yang akan mengajar kita erti kematangan. Cuba untuk fokus kepada kerjaya, harapan nak gembirakan hati mak ayah sebelum menjadi isteri orang. Ini bahagian yang paling penting buat si anak, tak kira laki dab perempuan. Mak ayah tak akan minta kita untuk balas jasa budi baik mereka bela kita sampai besar panjang. Tapi jika kita ini anak yang berjasa dan mengenang budi pasti tak akan lepaskan peluang nak bagi yang terbaik untuk mereka. Mereka dah semakin berusia, tenaga dah berkurang, kita lah yang menggantikan tenaga mereka, bantu mereka dalam sekecil-kecil perkara hingga benda besar. Jangan kerana kesibukan kita, mereka dilupakan. Walaupun duit gaji setiap bulan kita dah beri kepada mereka, tapi sebenarnya yang lebih mereka perlukan ialah perhatian dan kasih sayang anak mereka. Please, please remind this responsibility as their child.


No comments: